Cabaran Umat Retorik

2 comments
Perkataan "retorik" telah lama berkumandang sekian lama di telinga-telinga pemuda-pemuda Islam.Bukan itu sahaja bahkan perkataan ini jugalah yang mahir dihafal serta diungkap bila mana timbulnya peluang untuk mereka bercakap di situ.

"Pemuda Islam hari ini retorik ! Kata nak tegakkan Islam tetapi malas,kuat tidur,asyik layan dota....bla..bla"

Ya,tiada sebarang masalah pun dengan ayat itu.Maksud ungkapan retorik secara konseptualnya boleh dikatakan sesuatu perbuatan yang tidak kena dengan percakapan seseorang itu.Seperti dalam contoh ayat tadi,jelas menunjukkan salah satu penggunaan perkataan tersebut.

Namun,perlu difahami serta dihayati bahawa unsur retorik bukan sahaja timbul melalui perkataan sahaja , bahkan turut juga melalui ikrar yang disimpan dalam hati.Seperti mana seseorang itu memperakui dalam hati bahawa dia beragama Islam tetapi tidak mengamalkan cara hidup berdasarkan Islam.Sama juga seperti mereka yang memperakui bahawa sistem-sistem yang timbul pada  hari ini adalah sistem yang berdasarkan sumber jahiliyah tetapi tetap mengikuti sistem tersebut.

Perbuatan seperti ini bukan sahaja telah melahirkan generasi yang retorik tetapi turut menyumbangkan kesan yang amat besar kepada pembangunan Islam itu sendiri.

Lawrance Browne dalam penulisannya yang berjudul "The Prospect Of Islam" telah menunjukkan kepada masyarakat dunia realiti umat Islam pada hari ini.Walaupun ada pihak yang mengatakan bahawa beliau menulis dengan tujuan untuk memburukkan Islam di seluruh dunia amnya dan Islam di India khususnya,namun pendapat saya mengatakan punca terjadi sedemikian bukan datang dari niat beliau tetapi berpunca daripada sikap umat Islam dalam menjadi cerminan Islam kepada masyarakat.Kegagalan umat Islam di India telah menyumbang idea kepada Lawrance Browne untuk menghasilkan penulisan tersebut.

“Kita telah memansuhkan undang-undang jenayah dan sivil Islam di India
kerana kita merasakan undang-undang ini adalah undang-undang zaman purba
yang tidak lagi boleh diguna pakai di zaman ini. Cuma untuk umat Islam kita
masih kekalkan undang-undang kekeluargaan (Personal Law). Tindakan kita ini
telah menyebabkan ummat Islam merasa disakiti, kerana tindakan ini meletakkan
umat Islam setaraf dengan ahli zimmi dalam sebuah negara Islam dalam abad
sebelum ini. Apabila masa berlalu dan keadaan berubah, umat Islam India bukan
sahaja selesa dengan undang-undang ini malah beberapa kerajaan Islam yang lain
telah mengikut jejak langkah kita. Ada di antara kerajaan Islam ini seperti Turki
dan Albania telah melakukan sedikit pindaan kepada undang-undang
perkahwinan, cerai dan pusaka hingga meletakkan undang-undang mereka
setanding dengan undang-undang kita. Tindakan seperti ini telah mendedahkan
kita kepada suatu hakikat yang sering dinafikan oleh umat Islam iaitu akidah
umat Islam yang menyatakan bahawa syariat Islam ini bersumberkan wahyu
Ilahi atau kitab yang diturunkan daripada langit tidak lain hanyalah kisah
khayalan atau mitos sahaja.” Inilah yang dinyatakan oleh penulis tersebut. 

Lihat,kerelaan umat Islam dalam mengikuti sistem jahiliyah ini telah menyebabkan Islam itu dipandang serong oleh masyarakat .Bukan itu sahaja,bahkan cara kita melalui kehidupan kita sendiri juga kadang-kala menyebabkan masyarakat bukan Islam salah faham terhadap hakikat agama Islam itu sendiri.Apabila perkara ini berlaku ( datang daripada tindakan kita sendiri ),maka tak usah kita mendabik dada mengatakan kepada mereka yang bukan Islam bahawa agama kita benar , cantik , mulia dan sebagainya kerana ia merupakan suatu perakuan yang retorik di mata mereka.

Bagaimana mereka tidak boleh berfikir sedemikian sedangkan kita sendiri yang mengakui bahawa agama kita benar melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri.Maka,usaha dakwah kita akan pincang di situ.Hal ini sekali gus menjadikan kepercayaan mereka bahawa Islam itu tidak benar,ajaran sesat Rasulullah SAW terus bertapak dengan megah di hati mereka.Perlukah kita salahkan mereka ? Tepuk dada tanya selera.

Saya akui bahawa kadang-kala kita terpaksa mengikuti sistem berkenaan kerana sistem itu yang telah digunapakai oleh pemerintah sejak sekian lama tetapi sedar tidak sedar bahawa perlunya niat untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem tersebut.Mudah-mudahan generasi akan datang  tidak mewarisi sistem jahiliyah tersebut.

Dalam usaha melakukan perubahan,terdapat dua aspek yang cukup begitu penting untuk dipandang.Terdapat juga aspek-aspek lain yang patut diambil kira secara ringan tetapi tidak saya nyatakan dalam penulisan ini.Aspek pertama ialah Ahlu at-Taghyiriah iaitu ahli kepada perubahan atau dalam erti kata lain ialah agen perubahan.Dalam melalui sistem-sistem zaman kini,perlunya dilahirkan agen-agen tersebut dengan kefahaman serta ilmu sehingga akhirnya mampu membentuk suatu kumpulan yang benar-benar akan melakukan perubahan.

Agen-agen yang cukup sesuai untuk dipilih ialah daripada kalangan pelajar.Ini kerana golongan pelajar hari ini merupakan golongan yang terdedah kepada penyebaran ilmu.Golongan ini juga setiap hari melalui proses pertembungan,penapisan terhadap ilmu.Maka dengan kesempatan inilah,mereka juga harus difahamkan sedalam-dalamnya tentang hakikat sistem yang sedang mereka dan masyarakat lalui supaya tergerak hati mereka untuk mengubah sistem-sistem tersebut akan datang.Inilah antara tanggungjawab bagi seorang pelajar seperti mana yang telah dinukilkan oleh Syeikh Abul 'Ala Al-Maududi dalam penulisan beliau yang berjudul "Peranan Pelajar"

Kerana itu golongan pemuda pada hari ini sangat penting untuk dijadikan tunas kepada agen perubahan kelak.Malangnya,kebanyakan mereka hari ini masih tidak mengetahui akan hakikat ini bahkan yang lebih teruk daripada itu,mereka pula yang menjadi agen kepada kehancuran Islam.Tidak kiralah daripada golongan mana sekalipun.Tanpa penghayatan dan tarbiyah di dada,semuanya boleh menjadi sia-sia termasuklah golongan yang mendabik dada menghafal Kalamullah.Betullah kata orang,"Islam itu dihijab/diaibkan oleh umat Islam sendiri"

Perkara kedua yang perlu dipandang ialah Qabil At-Taghyiriah yakni jalan perubahan ataupun cara melakukan perubahan.Tanpa menganalisis,memilih jalan-jalan yang bertepatan ke arah perubahan maka usaha ke arah itu menjadi sia-sia.Hanya penat dan lelah yang diperoleh.Tidak mustahil juga perkara tersebut menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan keruh.

Hari ini,pelbagai jalan dan cara yang timbul untuk merealisasikan perubahan.Malangnya kepelbagaian ini tidak diraikan tetapi menjadi isu yang usul untuk diperbincangkan walhal pada asalnya isu ini sangat furu'.Kesannya,lahirlah masyarakat yang saling bertengkar,saling cantas-mencantas,menjatuhkan sesama umat Islam.Tanpa disedari,musuh-musuh yang nyata dan tersembunyi terus memerhati dan mentertawakan kita sesama muslim. 

Allah SWT bersifat maha bijaksana.Bagaimana mungkin Pencipta yang maha bijaksana ini menjadikan sesuatu itu dengan tujuan keburukan.Begitu juga dengan manusia,dilahirkan dengan pelbagai pendapat serta pandangan.Maka perlunya sifat berlapang dada serta diraikan perbezaan tersebut.Dan sepatutnya,kepelbagaian itulah yang akan melahirkan suatu sinergi yang begitu utuh,mantap,jitu,unggul mahupun padu.

Bangkitlah wahai pemuda,sedarlah,bermuhasabah,teruskan melangkah lakukan perubahan.Semuanya bermula daripada diri kamu.Islam tidak memerlukan kamu untuk bertapak,tetapi kamu memerlukan Islam untuk terus bertapak dengan sempurna dan aman di atas muka bumi Allah SWT ini.WallahuA'lam.


Dosa-dosa di jalanraya

0 comments

Apa itu dosa-dosa di jalanraya ? Senang je jawapannya  ......

1.Melanggar lampu merah
2.Memandu melebihi had laju
3.Tidak berada di lorong yang betul ketika memandu
4.Tidak menampal sticker "P" bagi yang baru dapat lesen.
5....so on....

^^  ~ Sekian sahaja post kali ini,terima kasih kerana sudi membacanya...hua3 ( selingan )
____________________________________________________________________________

Wallahua'lam,saya tidak pasti perkara di atas dikira sebagai dosa atau tidak,yang pastinya itu dikira sebagai kesalahan di jalanraya kerana tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Tetapi ada kalanya bagi saya,tak salah kalau melanggarnya sebagai contoh dalam situasi kita berada pada lampu isyarat berwarna merah tetapi tiada kereta lalu - lalang di situ,takkan nak tunggu macam orang gila kat situ kan ? Kepada pakcik-pakcik JPJ yang terbaca post ni,minta maaf..  oopps..

Semasa saya tiada lesen dahulu,saya sering tertanya-tanya mengapalah manusia ni sukar sangat untuk bertolak ansur ketika memandu seperti memberi laluan kepada pemandu yang ingin menukar lorong,sabar ketika kesesakan jalanraya dan banyak lagi situasi yang saya rasa semua sudah maklum.Saya tertanya-tanya macam mana manusia boleh rasa tertekan ketika kesesakan tetapi masih tidak menemui jawapannya sehinggalah pada hari saya menulis post ini.

Situasi ketika pertama kali saya memandu di lebuhraya nampaknya tidak sama seperti kali kedua ini.Pada kali pertama saya pergi dan pulang dari UIA,alhamdulillah saya mampu bersabar dan menguasai nafsu amarah dengan baik tetapi tidak kali kedua.Saya sendiri pun tidak pasti mengapa berlaku sedemikian,nak kata tertekan waktu memandu..tidak.Nak kata banyak masalah pun tidak.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah seawal 6.30 pagi,banyak perkara yang saya rasa tela berubah pada pendirian saya ketika memandu.Pertama sekali,saya telah berhadapan dengan sebuah lori yang cuba memotong saya yang hanya menaiki perodua kancil sahaja.Ketika itu,dalam hati saya,terdetik "ah,kau bajet kau laju sangat ( lebih kurang macam tu lah )" lalu saya terus menekan minyak dan tidak membenarkan lori tersebut memotong.Kemudian,pemandu lori tersebut tidak berpuas hati dengan saya lantas membunyikan hon.Dan saya berkata,"kau ingat aku takut dengan kau".

Perkara kedua,saya telah memilih jalan yang salah untuk pulang ke rumah.Sebelum bertolak,saya sudah mind-set kan minda saya laluan saya hanya ke Klang dan Kapar tetapi terlupa tentang simpang Setia Alam.Akhirnya,perkara tersebut menyebabkan saya tersesat di Bandar Klang sehinggalah saya jumpa Pasaraya Jusco,saya kembali berasa lega kerana tahu jalan pulang dari situ.Malangnya,saya sekali tersalah memilih simpang dan menyebabkan saya berada di Bukit Raja.Di situ,memang kepala sudah pening dah.Saya hanya memandu berpandukan signboard yang menghala ke Kapar.Akhirnya,saya terjumpa bangunan Pusat Servis Tayar.Alhamdulillah,akhirnya sampai ke rumah juga.Boleh dikatakan saya membazir waktu dalam 30 minit di Bandar Klang dan Bukit Raja.

Saya ingatkan dugaan saya berhenti di situ tetapi tidak rupanya.Dalam perjalanan terus ke rumah,di hadapan saya terdapat sebuah perodua kancil juga yang sangat lambat pemanduannya.Saya cuba memotong tetapi agak berbahaya kerana jalan begitu sempit.Berkali-kali saya memberikan isyarat dengan lampu tinggi tetapi tidak diendahkannya.Dan yang paling saya geram,ketika lampu isyarat berwarna hijau,dia masih tidak jalan yang akhirnya menyebabkan saya menekan hon sekuat-kuatnya sebagai tanda tidak berpuas hati.Kalau sesiapa yang dengar bagaimana bunyi hon tu pun,mesti terkejut sebabnya memang sangat kuat bunyinya.

Sampai sahaja di rumah,saya mula berfikir dan saya sedari pendirian saya sudah berubah mencontohi sikap-sikap pemandu lain yang membuatkan saya tertanya-tanya sebelum saya mendapat lesen.

Apabila kita tidak mampu menguasai nafu dengan baik,melupakan iman di dada,sememangnya semua perkara yang berlaku di sekeliling kita tidak kena tetapi kalau kita atasi segala masalah itu dengan pandangan iman,hati serta hikmah,nescaya kita tidak akan menganggap itu satu masalah.Bahkan kita akan anggap itu sebagai satu peluang untuk kita taqarrub(mendekati) Allah dengan sifat sabar,redha,syukur dan ikhlas.

Dalam soal keegoan ketika memandu,ustaz saya pernah berpesan,cukuplah kita menjadikan ayat quran ini sebagai pegangan :

"..Dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini dengan rasa sombong.."

Dan yang paling saya tertarik dan bersyukur,Alhamdulillah sepanjang saya tersalah memilih jalan untuk pulang ke rumah,saya berasakan Allah sedang mengajar sesuatu kepada saya.Itulah manusia,memang fitrahnya ingin menuju kepada matlamat akhir iaitu akhirat.Tetapi dalam perjalanan kita ingin menuju ke akhirat,kadang-kala kita tersalah memilih jalan disebabkan lupa akan panduan kita serta terlalu gelojoh menuruti nafsu.Namun,semuanya itu tidak berkekalan.Selepas kita berada dalam kesalahan,kita pasti berusaha untuk keluar mencari jalan kebenaran.Dan apabila kita telah berada di jalan yang benar,tidak mustahil untuk kita sekali lagi tersalah memilih jalan.Suka untuk saya mencoretkan kata-kata Yahya Bin Muadz :

"Ya Tuhanku,aku tidak akan mengatakan :' Aku tidak akan mengulangi.Aku tidak akan mengulangi (lagi)",kerana aku mengetahui diriku selalu melanggar janji.Sebaliknya aku akan berkata,' aku tidak akan mengulanginya' dengan harapan semoga aku mati sebelum aku mengulanginya"

Yang penting,berusahalah untuk tidak mengulanginya.Berusahalah untuk mendapatkan darjat taubat nasuha walaupun ia amat sukar buat kita.Ingatlah,rumah itu matlamat akhir kita,signboard itu quran dan sunnah (panduan kita),jalan yang salah itu kejahilan serta kesesatan..dan lupa itu sifat kita.Wallahua'lam.

Untungnya jadi dia...aku ni apa ada

1 comments
Bismillahrrahmanirrahim,kalam dimulakan

Suka untuk saya mulakan dengan 2 kisah tersebut :

Kisah Pertama:
Terdapat seorang manusia namanya Ahmad.Ahmad merupakan salah seorang pelajar yang boleh dikatakan 'top' dalam kelasnya.Markah yang diperoleh setiap kali ujian dalam kelasnya membuktikan bahawa dia mampu menjadi pelajar terbaik bagi kelas tersebut.Setiap kali markah ujian keluar sahaja,antara yang dapat markah tinggi pasti dirinya.Memang terbukti,sudah terang lagi bersuluh,Ahmad berjaya mendapat markah tertinggi semasa peperiksaan pertengahan semester.Memang tak dapat disangkal lagi kepandaiannya.Beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir semester,Ahmad berasakan dirinya sekali lagi mampu mencetuskan rekod tertinggi kelas itu.Sangat yakin melebihi 100%.Berbekalkan ilmu yang telah diulangkaji olehnya,dia benar-benar yakin.Hatta,dia berasa puas hati setelah peperiksaan akhir semester kerana berasakan dirinya telah menjawab dengan begitu baik sekali.Apabila keputusan peperiksaan keluar,ada pelajar lain berada kedudukan di atasnya.Bukan seorang,malah 2-3 orang.Kesian kat Ahmad...ramalannya telah salah..

Kisah kedua :
Seorang pelajar juga namanya Ahmad.Ahmad pernah mendapat surat diberhentikan daripada institusi pengajiannya kerana gagal dalam peperiksaan semester.Pointernya betul-betul sedikit iaitu 1.69.Tidak seperti rakan-rakannya yang dapat 4.0,3.75 dan sebagainya.Namun,dengan peluang yang diberikan oleh pensyarah di situ,pengajian si Ahmad diteruskan sehingga ke semester seterusnya.Alhamdulillah kali ini,Ahmad mendapat pointer sebanyak 3.81 dan berjaya menewaskan rakan-rakannya yang pernah mendapat pointer tinggi dahulu.Ahmad rasa sangat gembira.

Semasa menghitung hari untuk peperiksaan semester yang berikutnya,Ahmad dapati ramai kawan-kawan dia tak mengulangkaji pelajaran.Dalam hati Ahmad,"habislah korang exam nanti".Lepas sahaja peperiksaan bagi kertas lisan tamat,Ahmad sangat terkejut bila mana dia dapati kawan-kawan yang  belajar sambil lewa sebelum ini mampu dapat menjawab dengan baik,dapat soalan senang,dan pensyarah bertolak ansur kepada mereka.Lalu si Ahmad ini betul-betul tak puas hati.Dia kemudiannya meluahkan perasaannya kepada kawannya yang bernama Abdul.Katanya"aku betul-betul tak puas hati.Aku yang punyelah study gila bagai nak rak.Diorang yang study sambil lewa boleh pula dapat soalan-soalan senang"..Lalu Abdul pun berkata,"  sabar...itulah namanya .. REZEKI ...."

_____________________________________________________________________

Dalam kehidupan manusia,menjadi satu perkara normal bila kita melihat orang lain ada sesuatu yang kita tak ada.Begitu juga dalam situasi sebaliknya,orang lain turut juga rasa cemburu dengan apa yang kita ada dan pusingan ( cycle ) ini akan terus berlaku.

Sama juga halnya apabila ditimpa musibah,kadang-kala mudah benar kita berkata dalam hati kita , " Ya Allah,kenapalah Engkau uji aku sebegini ? apa salah aku ? apa dosa aku ? ".Apabila kita melihat orang lain yang tidak ditimpa musibah , ungkapan dalam hati kita yang sebentar tadi tiba-tiba bertambah , " kan best jadi dia ni,hidup perfect,happy,senang,kaya,pandai dan macam - macam lagi "

Sesungguhnya Allah SWT itu maha adil.Ketahuilah bahawa persepsi seperti di atas merupakan persepsi yang salah.Bahkan berani saya mengatakan bahawa apabila terdetiknya kata-kata tersebut dalam hati kita seakan-akan kita sedang mempertikaikan sifat Allah SWT itu sebagai Tuhan yang maha adil,Tuhan yang menurunkan rezeki,begitu juga dengan ujian.

Sebenarnya setiap manusia itu diuji oleh Allah SWT cuma berlainan bentuk ujiannya.Seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 155,mafhumnya :

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar "

Ada di antara kita diuji dengan harta kekayaan,sebaliknya ada juga yang diuji dengan kemiskinan.Ada di antara kita yang diuji dengan penyakit,sebaliknya dengan kesihatan.Lihat ! memang terbukti bahawa setiap manusia itu akan diuji cumanya dalam situasi yang berbeza.Mungkin pada pandangan orang yang sakit,mereka berasakan mereka itu yang sedang diuji manakala yang sihat itu gembira tetapi sebenarnya dalam keadaan sihat juga Allah sedang menguji kita sama ada kita bersyukur atau tidak dengan nikmat kesihatan itu.Untuk apa kita gunakan nikmat kesihatan tersebut,untuk ibadah ? kalau begitu Alhamdulillah tetapi kalau untuk maksiat Naudzubillah..

Dalam soal pembahagian rezeki,yakinlah dan percayalah bahawa Allah telah memberikan rezeki seadil-adilnya kepada hamba-hambaNya.Ada di antara kita pendapatan tidak seberapa tetapi masih mampu untuk terus bernafas di muka bumiNya ini.Sebaliknya,ramai juga yang pendapatan tinggi tetapi di samping itu,tanggungan mereka ramai,hutang keliling pinggang,maka wajarlah kalau pendapatannya tinggi supaya manusia tersebut mampu menyelesaikan urusan atau tanggungjawabnya di dunia.Adil itu bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya,maka terbuktilah bahawa Allah itu maha adil
kerana Dia memberikan nikmatNya secukup-cukupnya untuk hambanya , tidak berlebihan dan tidak berkurangan.Begitu juga dengan orang kaya,bukan semua harta adalah miliknya,harta yang ada padanya itu juga untuk orang miskin.Menjadi satu kewajipan baginya untuk membantu saudara-saudara yang miskin.

Inilah perkara yang selalu kita salah sangka kepada Allah SWT.Kalau perkara ini tidak dicantas awal-awal,maka jangan hairan aqidah kita boleh tergadai suatu hari nanti.Hamka pernah berkata :

" Lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmatNya "

Cukup adil.Sebab itu perlunya kita sentiasa berada dalam keadaan bersyukur,redha dan bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT.Andaikata sesuatu kebaikan itu kita tidak dapat,maka anggaplah itu bukan rezeki kita dan jangan risau tentang soal rezeki kerana Allah SWT telah mengaturkannya untuk kita dengan syarat kita sentiasa berusaha mencarinya.Mungkin hari ini saya menuntut dalam bidang Farmasi di universiti tetapi belum tentu saya ada rezeki untuk menjadi seorang Pharmacist,boleh sahaja Allah telah menjadikan penternak lembu sebagai rezeki tetap saya.Semua itu kerja Allah SWT,maka berserahlah dan berusahalah.WallahuA'lam..saya amat galakkan sahabat-sahabat semua untuk membuka link tersebut :

http://www.youtube.com/watch?v=ei1a203c2mM

Semoga post kali ini bermanfaat buat kalian.....  ^^


















Segumpal Darah

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..

Hati merupakan salah satu organ yang begitu penting kepada manusia.Selain  fungsinya daripada sudut sains,tidak dapat dinafikan bahawa hati juga ada sumbangannya dalam dunia sastera,maka lahirlah beberapa kata-kata yang berteraskan hati seperti,"ada hati","makan hati","hati-hati" dan sebagainya.Hebatkan makhluk yang bernama hati ini ?

Bukan itu sahaja,bahkan hati ini juga ada disebut dalam Al-Quran melalui firman Allah,Surah As-Sajadah ayat 9,mafhumnya :

"Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh ciptaanNya ke dalam tubuhnya dan Dia menjadikan pendengaran , penglihatan dan HATI bagimu, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"

Juga dalam hadith Rasulullah SAW yang berbunyi :

"Ingatlah bahawa dalam tubuh sesungguhnya ada segumpal daging,apabila ia baik maka baiklah seluruh anggota badan,dan apabila ia buruk maka buruklah seluruh tubuh,ingatlah ia adalah HATI"

Bukan calang-calang benda atau sesuatu sekiranya disebutkan dalam Al-Quran,pasti mengandung seberapa banyak hikmah yang perlu difikirkan  untuk diambil ibrah,pengajaran,kajian dan yang penting untuk taqarrub kepada Allah SWT atas ciptaanNya yang begitu hebat.

Begitu juga dengan lalat,juga disebut dalam Al-Quran.Kalaulah kita fikir dengan mata akal,mesti kita kata "buat apalah ada lalat kat atas muka bumi ni ? menyibuk je..dah lah tak membawa manfaat" Tetapi kalau kita berfikir menggunakan mata hati,kita akan sedar betapa pentingnya lalat kepada manusia.Tanpa lalat,manusia tak dapat nak tahu sama ada sesuatu tempat itu atau benda serta makanan kotor atau tidak,maka lalat lah yang menjadi indikator kepada manusia.Allahurobbi,Subhanallah,sekecil-kecil lalat pun ada hikmahnya.Allah sendiri ada menyebut dalam Surah Ali-Imran,ayat 191 :

"yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia,Mahasuci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka"

Oleh itu,marilah sama-sama kita merenung tentang makhluk Allah yang juga disebutkan dalam Al-Quran bernama hati.

Sebelum itu,suka untuk saya memetik kata-kata Yahya Bin Muadz r.a katanya :

"Seandainya hati dapat mengetahui adanya cinta ini kepada khaliqnya,maka terlepaslah semua sendi-sendinya kerana tergila-gila kepadaNya dan nescaya akan terbanglah roh ini dari badannya kerana terkejut ingin menghadap kepadaNya"

Hati ibarat sebuah kerajaan yang mengatur dan mentadbir sesebuah negara dan anggaplah seluruh badan manusia itu sebagai sebuah negara.Andaikata kerajaan yang mentadbir itu ialah kerajaan yang bercorakkan kezaliman,diktator,kuku besi maka pincanglah pentadbiran di negara itu.

Pada hari ini,kita dapat lihat betapa banyaknya kefasadan dan kefasiqan yang telah berlaku atas muka bumi ini gara-gara tangan-tangan manusia yang memang tak ber"hati" perut langsung.Bilangan anak-anak yang lahir tak cukup usia,tak ada ibu,tak ada bapa meningkat dari hari ke hari.Kes-kes jenayah juga meningkat.Itu belum lagi kalau kita nak kira maksiat yang manusia lakukan sendirian,dosa-dosa kecil yang disedari mahupun tak disedari,lagilah banyak.Pokoknya,sebesar-besar dosa sehinggalah sekecil-kecil dosa yang tak ada hukuman daripada kerajaan atau undang-undang sekali pun seperti mengumpat,menipu,mencaci,semuanya berpunca daripada hati.

Apabila hati tidak mengenal Allah SWT sebagai penciptanya,maka segala perintah dan larangan dilanggar begitu sahaja.Tambah pula,apabila hati itu bukan sahaja tidak memerintah dengan baik tetapi juga menjemput kerajaan luar iaitu NAFSU untuk sama-sama membantu pentadbiran negara tersebut.Jawapannya,makin hancurlah pentadbiran negara tersebut.

Tetapi cuba kita lihat andaikata hati ini mengenal penciptaNya.Betapa indahnya sehinggakan Yahya Bin Mua'dz menggambarkan bahawa akan terlepas semua sendi dalam badan kita.Tidak cukup dengan itu,roh kita akan terbang kerana terlalu ingin berjumpa dengan Allah SWT.Ini cuma gambaran,bukanlah Yahya Bin Mua'dz maksudkan bila hati kita kenal Allah,roh kita terus keluar,lepas tu kita semua mati.Beliau cuma nak tunjukkan betapa hebatnya kesan kepada hati bila dia menjadikan Allah SWT sebagai pusat atau tumpuannya.

Sebab itu,orang yang menjaga hatinya daripada mentadbir dengan buruk,mereka akan selalu mendekatkan diri kepada Allah SWT.Tutur mereka sopan,tingkah lakunya dijaga,maksiat juga dihindari sama  ada orang nampak atau pun tidak kerana hati percaya bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikannya.

Banyak cara untuk menjaga hati,antaranya seperti yang termaktub dalam lagu Opick yang selalu budak-budak menyanyi.Ibrahim Al-Khawas RA menyebut ada 5 perkara iaitu :

1) Bacalah Al-Quran dengan menghayati kandungannya
2) Mengosongkan perut daripada kenyang atau berpuasa
3) Bangun beribadah pada waktu malam
4) Menghampirkan (beribadah) kepada Allah sepertiga malam
5) Sentiasa bersama dalam majlis orang-orang soleh

Dan antara buku yang saya cadangkan untuk dibaca ialah :

 Menyucikan Qalbu dan  La Tahzan karya Dr 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni





Musafir Maza Yakni : Pastikan Ia Ikatan Rabbani

0 comments
"....Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasih-Nya.Namun,cebisan kenangan kita sentiasa bermain di bayangan mata.Detik waktu yang berlalu,menjadi memori kau dan aku...."

Begitulah bunyinya bait-bait lagu yang dialunkan oleh Akh Ammar berjudul  Cebisan Kenangan.Menghayati lirik yang dua tiga baris ini sahaja sudah cukup untuk kita tahu apa yang sedang cuba diperkatakan dan digambarkan kepada pendengar.Ya,jawapannya ialah ukhuwah.

Biasa kan dengar perkataan "ukhuwah" ?

Apabila ditanya kepada orang ramai apa itu ukhuwah,macam-macam jawapan yang keluar dari mulut masing-masing.

Ada orang kata ukhuwah itu ibarat tali yang terikat antara dua batang kayu.Apabila dua kayu itu rapat,ia kendur manakala apabila berjauhan tali itu tegang.Tak kurang juga ada yang menyifatkan ukhuwah itu umpama badan,apabila salah satu anggota mengalami kesakitan,maka seluruh badan akan merasainya.Dan banyak lagi perumpamaan dan kefahaman yang keluar dari mulut masing-masing.



Ada orang apabila disebut sahaja ukhuwah,yang terlintas di fikirannya ialah makan bersuap dalam satu talam,main futsal sama-sama,mandi sungai sama-sama dan macam-macam lagi.

Salah ke kalau ukhuwah digambarkan sedemikian rupa ???

Tak salah...cuma....
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku Maza Yakni Intimai Lil Islam karangan Syeikh Fathi Yakan,buku ini sudah dibelek-belek sejak tingkatan 1 lagi semasa menuntut di sekolah menengah tetapi langsung tak tahu apa yang seronoknya tentang buku tersebut.Apabila naik tingkatan 4,dilantik menjadi naqib dan diarahkan menggunakan buku tersebut sebagai silibus usrah.Langsung tak tahu nak guna macam mana dan macam mana nak sampaikan kepada anak usrah.Baca banyak kali,sampai sahaja page ke-3 mesti mata ini mengantuk kerana corak penulisan buku tersebut yang berat.Akhirnya,naqib tak dapat apa-apa,anak usrah lagilah tak dapat apa-apa.Maka,lahirlah usrah yang merapu.

Semasa tingkatan 5 pula,sekali lagi dilantik menjadi naqib.Bukan sekadar naqib sahaja,bahkan ketua nuqaba sekolah.Pening kepala nak buat apa ketika itu.Waktu itu,otak ligat mencari penyelesaian bagaimana buku Maza Yakni Intimai Lil Islam itu mampu dijadikan silibus usrah sedangkan diri sendiri pun langsung tak dapat nak hadam buku tersebut.Akhirnya,pertemuan saya dengan Akh Marwan Bukhari pada tahun 2010 menyelesaikan segala kekusutan yang bersarang di kotak pemikiran.Satu silibus yang ringan,mudah,ringkas dan padat berjudul "Al-Qiadah Islamiyyah "disusun berdasarkan kesesuaian pelajar sekolah menengah dan akhirnya digunapakai oleh usrah saya pada waktu itu.

Seminggu selepas mengambil peperiksaan SPM,terus memasuki kehidupan baru di bumi barakah Darul Quran.Di sini,saya mula memahami buku Maza Yakni sedikit demi sedikit dan mengetahui apa signifikannya buku ini kepada individu bernama muslim.Melalui usrah,pencerahan diberikan sedikit demi sedikit oleh naqib saya tentang buku ini.Walaubagaimanapun,ketika itu,saya benar-benar mengharapkan 100 % kandungan buku tersebut disuap oleh naqib saya.Alangkah sedihnya,silibus buku tersebut tak dapat nak dihabiskan.

Tamat pengajian di Darul Quran,kehidupan baru di Centre Foundation for Studies IIUM menjelma.Perkara pertama yang saya fikirkan ketika menjejakkan kaki di bumi CFS ini ialah saya ingin bertemu dengan naqib lama saya dan menyambung semula perbincangan terhadap buku tersebut.Ketika permulaan usrah saya di CFS,antara perkara yang saya cadangkan kepada naqib saya ialah meneruskan semula perbincangan buku Maza Yakni tersebut.Tetapi cadangan saya itu diketepikan,naqib saya berkata :

" Ana bukan tak nak bincangkan buku tu,tapi tajuk buku tu betul-betul berat.Bahagian pertama tu tak ada masalah untuk anta faham cuma bahagian kedua tu ambil masa lama sedikit sebab bahagian tu bukan calang-calang tajuk. "

Agak sedih juga bila dengar jawapan sebegitu.Tetapi ada betul juga katanya,sebab antara usrah kami ada yang masih baru nak mengenal usrah,jadi tajuk yang dibincangkan perlulah bersifat ringan supaya mudah dihadam.Akhirnya,saya membuat keputusan untuk menghabiskan buku tersebut sendiri.

Alhamdulillah,khatam juga buku tersebut setelah beberapa minggu membacanya.Kadang-kadang rasa sangat malu dan segan dengan kawan-kawan yang sudah lama habis membacanya.Tapi itu bukan masalah,"better late than never".Memang betul kata naqib saya,bahagian kedua buku tersebut sangat berat dan jujurnya saya terpaksa membaca berulang kali helaian demi helaian untuk memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Syeikh Fathi Yakan.Namun,pembacaan saya menemui kebuntuan.Hakikatnya,tak cukup sekadar membaca,perlu juga mendapatkan rujukan daripada orang lain supaya kita tidak salah memahami sesuatu penulisan itu.Barangkali syaitan menjadi guru kita bila mana kita belajar tanpa berguru.

Sepanjang melalui penulisan syeikh ini,saya suka dengan corak penyusunan yang terkandung dalam buku ini.Pada hujung penulisan beliau,beliau sangat menekankan aspek persaudaraan dalam Islam sehinggakan penulisan tersebut ditamatkan dengan Doa Rabitah.Dan antara yang menarik perhatian saya semasa detik-detik menghabiskan buku ini ialah syeikh ada menyentuh tentang aspek ukhuwah.

Dalam aspek ukhuwah,syeikh ada menyebut bahawa ikatan yang mengikat antara dua hati ialah ikatan Rabbani yakni ikatan bersifat ketuhanan.Maka,tidak lengkap sesuatu ukhuwah itu seandainya ia tidak ada unsur ketuhanan di situ.Ikatan yang bersifat ketuhanan di sini bermaksud,sesuatu ikatan itu mampu membawa diri masing-masing lebih dekat kepada Tuhan.Bersahabat,berkasih sayang,bersuka-duka semuanya kerana Tuhan,bukan sebab saja-saja atau sebab lain.Andaikata tiada aspek Rabbani ini,maka pincanglah ikatan itu.Rasululullah SAW bersabda :

"Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah"( Hadis riwayat Ahmad daripada al-Bara' Ibn Azib )

Hari ini,kita sendiri mampu melihat,kita sendiri mampu menilai bagaimana ukhuwah kita dengan sahabat-sahabat kita.Kita sendiri boleh kaji dan muhasabah semula adakah ikatan kita dengan sahabat-sahabat kita merupakan sebuah ikatan yang diikat dengan ikatan Rabbani atau ikatan yang lain ? Sedih juga apabila kita melihat betapa ramai antara kita berani menadabik dada mengatakan,"inilah ukhuwah","alangkah manisnya ukhuwah ini","indahnya ukhuwah" tetapi hakikatnya ukhuwah tersebut lompang tanpa Rabbaniah mengisinya di situ.Buktinya,lihat sahaja,apabila waktu bermain futsal,mandi sungai dan sebagainya yang menghiburkan,boleh dikatakan hampir semua boleh ikutinya.Tetapi apabila tiba waktu kita mengajak kepada ibadah seperti membuat qiamullail bersama-sama,solat berjemaah di masjid bersama-sama,mendengar ceramah,mengikuti usrah,betapa payahnya untuk semua turun.

Sebab apa payah ? Ya,sebab ikatan sesama kita tidak diikat dengan ikatan Rabbani.Bahkan amat malang sekali kita diikat dengan ikatan hiburan dan perkara yang melalaikan.Naudzubillah,sama-sama bermuhasabah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam Islam,persaudaraan merupakan satu sendi yang menjadi tunjang dalam usaha untuk memperkuatkan binaan masyarakat Islam dan mengeratkan hubungan antara pengganutnya.

Gerakan Islam amat memerlukan supaya ikatan persaudaraan dapat diperdalamkan semoga dengan ikatan persaudaraan yang mendalam ini gerakan Islam dapat menjadi satu bangunan yang kuat yang saling taut menaut antara satu sama lain atau menjadi satu jasad yang akan mengadu kesakitan apabila salah satu anggotanya diserang penyakit.

Untuk menjamin persaudaraan ini dapat memainkan peranannya yang diharap-harapkan dalam jamaah,Islam telah menjelaskan hak-hak dan kewajipan persaudaraan yang praktik seperti berikut,sehingga hak dan kewajipan-kewajipan ini dapat dilihat sebagai satu tanggungjawab yang sebenarnya bukan hanya setakat kata-kata di bibir atau teorinya sahaja.

1.Persaudaraan mestilah dapat menolong usaha-usaha melakukan taat kepada Allah SWT.
2.Persaudaraan merupakan kerjasama di sudut kejiwaan,merasakan keperluan-keperluan saudaranya dan berusaha untuk menunaikan keperluan tersebut.
3.Persaudaraan yang kerjasama di bidang kebendaan.
4.Persaudaraan merupakan tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi beberapa kewajipan ringkas.Yang terpenting daripada tanggungjawab itu ialah seperti mana yang telah dinyatakan dalam hadis Nabi SAW,memeberi salam ketika bertemu,menunaikan jemputan ketika dijemput,memberi nasihat apabila diminta,mengucapkan "yarhamkaAllah" ketika dia mengucapkan "Alhamdulillah sesudah bersin,menziarahi ketika sakit dan mengiringi jenazah ketika dia meninggal dunia.
5.Persaudaraan dalam Islam merupakan satu kemesraan,kasih sayang dan saling membantu.
6.Persaudaraan dalam Islam merupakan keghairahan dan kesetiaan.

Petikan daripada Buku Maza Yakni Intimai Lil Islam,WallahuA'lam

Dakwah Itu Umpama....

1 comments

Dakwah Itu Umpama.....

Dakwah satu perkara yang mudah diungkapkan tetapi hakikatnya begitu berbeza.Sesuatu usaha dakwah itu takkan dikira dakwah selagi mana tak menghadapi pelbagai ujian , cabaran , dugaan , serta sekatan.Imam Hassan Al-Banna dalam hasil penulisan beliau yang berjudul “Antara Masa Lalu dan Masa Kini” dan “Ranjau-ranjau di Perjalanan” menyatakan bahawa :



“Saya ingin terus terang menyatakan kepada kamu,bahawa hari ini dakwah kamu ini masih belum dikenali orang ramai.Apabila mereka mengetahui dan memahami matlamat dan tujuan dakwah ini,kamu akan menerima permusuhan dan pertarungan yang sengit daripada mereka.Kamu akan mendapati di hadapan kamu kesukaran-kesukaran dan kamu akan dihalangi oleh ranjau-ranjau.Hanya pada ketika itulah sahaja kamu baru mula mengikuti jalan para pendukung dakwah..ada pun sekarang ini,kamu masih belum dikenali,kamu masih dalam peringkat membuat persediaan untuk dakwah dan bersedia untuk menghadapi perjuangan dan jihad yang dituntt oleh dakwah.Kejahilan umat tentang hakikat Islam akan tegak sebagai rintangan di pertengahan jalan.Kamu akan mendapati ahli agama yang terdiri daripada ulama rasmi akan memandang ganjil pemahaman kamu terhadap Islam dan mengingkari jihad yang kamu lakukan untuk memperjuangkan kefahaman kamu itu.Para pemimpin,ketua-ketua orang yang rindukan kemegahan dan kekuasaan akan menaruh dendam kesumat terhadap kamu.Kesemua bentuk pemerintah akan tegak serentak menghadapi kamu,semua kerajaan akan berusaha membatasi kegiatan kamu dan meletakkan rintangan-rintangan di jalanmu”

Begitulah bunyi pesanan yang disampaikan oleh imam kepada kita,menggambarkan bahawa jalan dakwah ini bukanlah jalan untuk orang yang tidak mampu memikul beban,menghadapi cabaran,bukanlah kerja dakwah itu kerja sampingan kerana hakikatnya jalan dakwah itu sudah menjanjikan pelbagai kesusahan,mehnah dan tribulasi buat pemikul-pemikulnya.

Dakwah perlu dititikberatkan dalam pelbagai aspek rukunnya (dai'e,mad'u,maudhu',uslub).4 perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana apabila salah satu daripadanya salah,maka rosaklah dakwah itu.Dakwah itu umpama mesin basuh.Pembasuh itu dai'enya , pakaian itu mad'unya , sabun itu maudhu'nya manakala mesin itu uslubnya.Seandainya sabun yang digunakan tidak sesuai dengan fabrik pakaian tersebut maka akan rosaklah pakaian itu.Sekiranya cara basuhan itu tidak menepati cara yang betul,maka pakaian itu juga akan rosak.

Dakwah itu juga umpama kek.Rasanya begitu lazat,tetapi harganya juga begitu lazat lagi-lagi kalau Secret Recipe.Kalau kita nak menikmati kelazatan kek itu,maka pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan.Kita perlu keluarkan wang untuk membelinya,kita juga perlu mengorbankan masa untuk bergerak ke kedai,kita juga perl korbankan tenaga kita untuk ke kedai tersebut.Kesimpulannya,segala pengorbanan itu dilakukan hanyalah semata-mata untuk merasai kelazatan kek yang satu itu.Begitu juga dakwah,Allah sudah menjanjikan kenikmatan buat pemikul dan pengusungnya di akhirat kelak.Namun di dunia ini,dakwah menuntut kita melakukan pelbagai pengorbanan bukan sahaja masa,harta,dan tenaga bahkan ia juga menuntut nyawa dan jiwa kita.Wallahua'lam,sekadar sedikit ilmu yang ditimba.........

Kembali Mentarbiyah ......

3 comments

Kembali Mentarbiyah..

Hampir sekian lama kaki ini tidak menjejak bumi bertuah SEPINTAR.Bumi yang pernah mendidik diri ini,pernah mengajar berjuta erti kehidupan walaupun ketika itu diri ini hanyalah budak mentah sahaja.Tetapi di sebalik kementahan itulah,diri ini belajar bagaimana menjadi seorang manusia.

Tamrin tingkatan 1 yang lalu benar-benar telah membuatkan hatiku terusik.Terusik oleh pelbagai warna yang pernah mewarnai hatiku suatu ketika dahulu.Cuma warna itu pudar setelah aku meninggalkan bumi ini.Lalu,ku panjatkan rasa syukur kepada Mu Ilahi kerana Engkaulah yang telah menggerakkan hati ini untuk berpijak semula di bumi ini agar aku tidak lupa akan warna-warna yang telah melakarkan suka dan duka dalam hidupku.

14 September 2012,
Perkara pertama yang paling tak dapat dilupakan ialah bila mana aku bertemu semula dengan sahabat-sahabat seperjuanganku di bangku sekolah ketika dulu.Bayangkan betapa rindunya hati-hati ini untuk berhimpun semula setelah sekian lama tidak bersua.Namun,Allah jualah yang merancang lalu perancanganNya jualah yang mengatasi perancangan kita,Alhamdulillah kami dipertemukan.Walaupun tidak dapat bertemu dengan semuanya,aku tetap rasa syukur kerana bilangan ini pun sudah mampu membuatkan hati aku tersenyum.


Badan Dakwah Dan Rohani Sepintar 09/10

Sahabat-sahabat yang pernah bersama denganku mengharungi segala onak dan duri,menerjang badai,juga mengusung gagasan.Alangkah beratnya hatiku untuk melepaskan pelukan erat mesra kami semua.Namun,terpaksa redha kerana Allah telah mengaturkan haluan yang terbaik buat diri masing-masing.Sekali lagi,perancangan Allah mengatasi segalanya.Buat kalian Afiq Husni,Amirul Azmeer,Husaini,Wafiy,Abu Dzar,Ridhwan,Bukhari,Ayub..semoga rahmat Allah mengiringi kalian aku doakan.Semoga Allah mempertemukan hati-hati kita semula akan datang.

“Tolonglah abang,kami dah tak tahu nak buat macam mana?”

“Abang,doakan kami, result kami teruk”

“Abang,macam mana kita nak selesaikan masalah pelajar kita?”

Ya Allah,lemah rasanya jantung ini berdegup seakan-akan tidak mampu berhadapan dengan adik-adik ini.Bagaimana aku ingin berhadapan dengan mereka walhal diriku ini juga serba kekurangan.Mana mungkin diri yang sedang kelemahan ini mampu membantu mereka.Mendengar keluhan mereka,sekali gus teringat semula peristiwa di bangku sekolah yang telah ditinggalkan 2 tahun lalu.Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hati ini dan hati sahabat-sahabatku yang lain sepanjang berhadapan dengan mehnah yang terpaksa kami lalui semata-mata untuk mendewasakan pemikiran ini,mematangkan diri ini,mengeluarkan kementahan yang telah lama terpendam dalam setiap tutur kata mahupun tindakan.Demi Allah,hati ini telah menangis di sebalik senyuman yang diukirkan sepanjang program kerana mengenang kembali detik-detik permulaan kami ditarbiyah bersama.

Sekali lagi,perancangan Allah mengatasi segalanya.Memang sudah menjadi sifatNya yang mengetahui apa yang terpendam dalam hati hamba-hambaNya.Di saat diri ini berasa lemah,berasa tidak mampu menghadapi kehidupan akan datang di kampus,Allah mengaturkan pertemuan aku dengan bumi bertuah ini supaya aku mendapatkan rentak semula,memulakan langkah baru,menyusun strategi baru,menghilangkan segala futur yang bersesakan di lubuk jiwa ini.Alhamdulillah.

Program yang telah diadakan di masjid membuatkan hati aku tersenyum kerana banyak perubahan dari sudut infrastruktur berlaku pada masjid itu.Teringat kata-kata Abang Hafiz Kamaruddin,Ketua Lajnah pengurusan dan aktiviti masjid BADAR 2009, “Mudah-mudahan pihak sekolah dapat meletakkan beberapa buah kipas di saf hadapan supaya tiada lagi pelajar yang solat di luar masjid”.Andaikata hari ini dia datang dan melihat semula masjid itu,nescaya dia akan tersenyum kerana impian dia telah tercapai walaupun lambat direalisasikan.

Pintu masjid yang dahulunya buka tutup tetapi kini sudah menggunakan slide.Kalau dahulu,terpaksa menggunakan dinding putih atas tempat solat imam untuk dijadikan skrin pancaran lcd,tetapi kini sudah ada layar sendiri.Kalau dahulu penghadang antara tempat solat muslimin dan muslimat tidak begitu sempurna kerana muslimin dan muslimat masih boleh memandang antara satu sama lain tetapi kini ianya sudah cukup sempurna bagiku.Banyak perubahan yang berlaku di masjid itu.Perubahan yang sangat penting kerana itulah pusat untuk mengumpulkan semua generasi muslim bestari untuk berhimpun ditarbiyah dan sebagainya.Masjidlah yang banyak memainkan peranan penting untuk mewujudkan biah sekolah itu.

Namun kegembiraan yang sebentar tadi aku alami tidak kekal selamanya.Apa guna pembangunan maju tetapi kerohanian itu semakin merosot.Keluhan para guru,adik-adik BADAR telah membuatkan hatiku tersentak mendengar pelbagai masalah-masalah yang berlaku di sekolah.Sememangnya berbeza dengan waktu ketika aku berada di situ dahulu.Aku rasakan semua yang berlaku ini disebabkan oleh kesalahan ku sendiri.

Setelah lima tahun dididik,diasuh di situ,apa pula sumbangan aku terhadap bumi yang pernah berjasa padaku itu ? Soalan ini seakan-akan menjadi racun yang kian merebak dalam seluruh badanku apabila setiap kali timbul . 0 ? Tiada sumbangan ? Apakah segala ilmu yang kau dapat disini untuk diri kau seorang sahaja ? Lepas tu,kau dah besar,dah berjaya,langsung kau tak nak berbakti semula kepada kami ? Pergh,sangat pedih bagaikan luka yang disimbah dengan asid.

Teringat ketika hari graduasi kami pada tahun 2010 yang lalu,seminggu sebelum masuk Darul Quran.Dalam hati ketika itu,banyak hasrat yang dipasang,banyak impian yang dibayangkan,banyak perkara yang ingin ku lakukan sebagai lepasan sekolah.Namun,semuanya tinggal begitu,hasrat menjadi hasrat manakala impian kekal impian.

15 September 2012
Lalu,pertemuan yang dirancang ini telah membuka mata dan hati aku dan sahabat-sahabat semula.Pada malam muhasabah adik-adik tingkatan 1 inilah,kami juga turut bermuhasabah walaupun kami menjadi fasilitator program.Teringat lagu tema Minggu Haluan Siswa Di Darul Quran ' Maafkanku Teman-Far East '


Hembusan Bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Seia cita-cita buat bekalan ke sana
HARAPAN AYAH BONDA
JANJI PADA AGAMA
 * part ni betul-betul terkesan
Kita kan terus mara biarpun badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milikNya

Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati
Ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibina
Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh Teman..

Muhasabah diiringi dengan solat taubat.Kemudian,melelapkan mata,mengumpulkan tenaga untuk membina ummah pada esok hari.

16 September 2012
Andaikata ini tarikh penting untuk Malaysia,tarikh ini juga ialah tarikh penting dalam hidupku.Bangkit dari tidur dengan penuh azam dan semangat.Langkah dimulakan dengan lafaz Bismillah.

Tepat jam 12.00 tengah hari majlis tamat.Sebelum tu,kata-kata daripada Penolong Kanan HEM bermain-main di fikiranku ketika menyampaikan ucapan penutupan majlis... “ Terima kasihlah kepada bekas-bekas pelajar bermula dengan …... …... ….... ….... FIKRI …... dan........ dan...... kerana tak pernah jemu datang ke sekolah mencurahkan bakti di sini.Fikir-fikir balik,berapa kali je aku datang ke sekolah ini ? Tapi insyaAllah kata-kata itu akan menjadi inspirasiku..Wallahua'lam


“Kadang-kadang dalam meniti jalan perjuangan ini,kita akan tersungkur dan berasa lemah,lalu kita perlukan satu suasana yang akan mengingatkan kita semula bagaimana kita boleh terlibat dengan perjuangan ini,agar menjadi penaik semangat serta pengembali kefahaman kepada kita.Carilah suasana itu,kita takkan jumpa kalau tidak berusaha mencarinya.FUTUR adalah perkara biasa buat pejuang tetapi TERUS FUTUR bukan sifat pejuang.Berdoa dan terus berdoa...berjalan tanpa henti...”

:: Merealisasikan Kepimpinan Khalifah Allah ::
:: Kuasa Pemuda Memimpin Arus Perubahan ::

Mehnah Apa Yang Sedang Menimpa Kita

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang maha kuasa,
Dengan rasa penuh rendah diri,
Dengan rasa penuh kekesalan , kekecewaan ,keresahan dan kegelisahan
Dengan rasa hina dan dina
Berserta linangan air mata,
Diri ini menulis

Kadang-kadang kita terlupa terhadap satu perkara.Di mana perkara itu pernah kita lalui bersama,pernah kita tempuhi bersama.Segalanya dilakukan bersama dalam satu barisan yang sangat kukuh.Di sana kita pahatkan matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk menjadi Al-Quran yang bergerak di atas muka bumi ini.Lalu,kita mulakan langkah kita dengan penuh kepahitan dan kesukaran agar kita sama-sama mengerti bahawa perjuangan kita ini bukanlah satu perkara yang mudah.Bahkan perkara yang pertama itu bukanlah ujian yang sebenar kepada diri kita sebagai hamalatul quran tetapi sebagai gambaran yang kecil cuma.

Hari demi hari berlalu,kita diselang-selikan dengan suka dan duka,gembira dan sedih,ceria dan muram dan sebagainya.Sehinggakan ada di antara kita tak mampu meneruskan perjuangan ini.Ada di kalangan mereka tergolong dalam golongan yang dikatakan “Al-Musaqitun fi haza tariq”,ada juga yang mahu meneruskan jalan ini walaupun mereka sedar mereka tidak mampu tetapi alhamdulillah,ramai di kalangan kita akhirnya berjaya menggenggam segulung sijil.Lalu kita tinggalkan tasik itu dengan perasaan yang bercampur baur serta harapan yang tinggi menggunung.

Di sini,cerita baru bermula.Mungkin barangkali ramai antara kita sudah lupa perkara pertama itu.Perkara yang pernah kita tempuh bersama.Disebabkan kita lupa,mungkin Allah SWT ingin mengingatkan kepada kita semula terhadap dia.Itulah dia Mafatih Mahabbah yang pernah mengunci hati kita dalam satu ikatan yang begitu kuat.Itulah Mafatih Mahabbah yang pernah membuatkan kita rasa lemah,putus asa dan sedih.Tetapi itulah juga yang menjadi kunci kasih sayang antara kita semua.Barangkali oleh kerana kita lupa kepada kunci itu,maka Allah SWT ingin mengingatkannya semula kepada kita.

Ada apa pada nama ?

Itulah soalan yang membuatkan diri ini berfikir dan terus berfikir apabila ditanya berulang kali.Hamalatul Quran XII GEN,itulah nama kita tetapi mungkin disebabkan kerana kita lupa tentang kunci itu,maka kita tak dapat menghayati nama yang cukup berat ini.Apabila kita dilahirkan,ibu dan ayah kita bersusah payah memikirkan nama untuk kita dengan harapan agar nama tersebut mampu menjadi identiti peribadi kita.Begitu juga dengan nama Hamalatul Quran ini,sepatutnya menjadi identiti peribadi kita.

Maka perlu kita bermuhasabah semula bersama dengan lebih mendalam.Seandainya dasar lautan itulah paling dalam,maka muhasabah kita perlu lebih dalam lagi daripada itu.Iadah tidak dipegang.Ibadah tidak dijaga.Hubungan denganNya tidak dijaga.Bahkan kelalaian itulah yang sering dilebihkan.Menyebabkan kita terus lupa pada makna nama tersebut.Wajarkah kita memegang nama itu seandainya begini sikap kita ? Tepuk dada tanya iman.

Maka dengan sifat kasih sayang Allah SWT yang sangat mendalam kepada kita,diturunkan kepada kita satu ujian yang benar-benar berat kepada kita.Kita tidak boleh memandang kepada punca masalah tersebut sahaja,tetapi kita juga perlu merungkai hikmah di sebalik mehnah dan tribulasi yang Allah berikan.

Diri ini melihat ujian yang diturunkan kepada kita tidak lain tidak bukan untuk menegur sikap kita terhadap nama itu.Untuk mengingatkan kembali kita semua kepada kunci kasih sayang itu.Agar kita insaf,bermuhasabah lalu keluar dengan solusi yang satu.Keluar kembali dengan satu barisan yang begitu kukuh seperti dahulu.Ibarat roda yang berputar,Allah memutarkan kembali peristiwa satu tahun yang lalu cuma berbeza keadaannya.Allah SWT berfirman dalam Surah Ali Imran,ayat 103 :

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai-berai,dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuhan,lalu Allah mempersatukan hatimu,sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara,sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu dapat petunjuk.”

Duhai hati-hati yang merindukan kunci itu,
Percayalah bahawa Allah sedang mengaturkan hikmah yang amat besar buat kita melalui ujian yang amat berat ini.Kita mungkin akan berasa lemah,dan mungkin juga akan berputus asa dek kerana sudah tidak mampu memikul ujian ini tetapi bersabarlah dan teruskan doa kerana doa itu adalah senjata kita.Keluarlah dan susunlah semula barisan kita seperti mana pernah kita aturkan dahulu,agar kepayahan,kesengsaraan ini dikongsi bersama.Bermuhasabahlah semua,percaya dan yakinlah bahawa Allah menurunkan ujian seberat ini kepada kita tidak lain tidak bukan kerana Allah sayang kepada kita,kerana Allah tak nak kita terus lalai,kerana Allah nak menegur dan memperbetulkan kita.

Diri ini bukanlah insan yang sempurna untuk menulis kalam ini untuk menjadi tatapan dan renungan kalian.Tetapi oleh kerana kegelisahan dan kepiluan yang teramat telah terpahat di hati ini,jari ini tidak mampu ditahan untuk merungkaikan kalamnya.Pujuklah hati kalian agar berlapang dada,agar hati kita kembali menjadi satu,agar ujian ini dapat diselesaikan bersama dengan izin yang maha Esa.Jangan berputus asa,sama-sama kita harung,sama-sama kita tempuh,sama-sama kita mara ke hadapan,InsyaAllah ada jawapan sedang menanti kita di hujung sana.

:: Kuasa Pemuda Memimpin Arus Perubahan ::


Semalam aku kelukaan
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan

Mimpi yang sering ku harapkan
Menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah..
Ingin ku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untukku bertahan

Semangat tenggelam
Lemah daya
Haruskah aku mengerang
Namun jiwaku berbisik
Inilah dugaan



Dan mataku kini terbuka
Pada hikmah dugaan
Uji keimanan

Dan dilontarkannya ujian
Di luar kekuatan setiap diri insan

Allah..
Pimpinlah diriku untuk bangkit semula
Meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi jadi nyata
PadaMu ku meminta

Daku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang satu
Segalanya dariMu....


Musafir Cinta Ilahi
MUK,G-04
6.24 pm

Rintihan Kalbu

1 comments

Hari Ini tiada senda dalam bicara,
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Bangunkan ummah bina generasi

Di bumi yang bertuah ini,
Diriku mula mengenali
Matlamat hidup sebagai abdi
Kepada Allahurabbi

Diriku kini sebebas unggas
Terbang ria di angkasa raya
Menyanyi merdu irama kalbu
Indahnya Oh indahnya

Wahai generasi,dengarlah pesanan ini
Bumi ini bumi bertuah
Suburnya sesubur tanaman di lembah
Melahirkan insan berjiwa tabah

Kutiplah mutiara indah
Untuk bekalan diri berpindah
Sebelum jejak kaki melangkah
Sebelum penyesalan membawa padah

Sahabat seperjuangan
Usah digentar musuh di hadapan
Pandanganlah di depan balasan Tuhan
Syurga Firdaus menanti kalian

Teruskanlah
Perjuangan menegak kebenaran
Dalam kebungkaman akhir zaman
Selagi hayat dikandung badan

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapan ku ini
Pohon untukku dalam doamu
Diriku Pejuang Islam yang satu

Rintihan Kalbu-KISAS

Handzalah : Antara 2 Cinta

0 comments
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgR1CDUFypuKsBw2X5INs5SNPHklf9Pl65HhqF-YZZly74AhH1DO-4w5BjTu5vdAcnYEbs6mLyk4qbslSa26Vk70-qHy70_vgT8L5vJCseDGa8do6aLvSR616x4iAJgJbSsuvRARs0zmDU/s1600/cinta1.jpg


Merebahkan badan atas katil,capai telefon bimbit dan "earphone".Buka mp3 player,tiba-tiba tergerak jari ini untuk memilih lagu "Handzalah" yang telah dipopularkan oleh kumpulan Rabbani.Hati terkesima selepas tamat mendengar lagu tersebut.Masih tak dapat dilupakan beberapa ayat dalam lirik tersebut yang membuatkan hati ini tersentuh....

"Berpisahlah dua jiwa......."
"Meninggalkan kubu cinta.."

Oleh kerana 2 ayat ini,hati menjadi bersunguh-sungguh untuk mengetahui dengan lebih dalam lagi kisah pemuda yang tercatat kisahnya dalam sejarah.Lantas,segera saya mencari kisah ini di internet dan Alhamdulillah jumpa juga akhirnya,ingin saya kongsikan kisah yang saya dapat melalui link ini http://www.facebook.com/note.php?note_id=226117167400020

Hanzalah merupakan pemuda dari suku Aus di Madinah. Ketika itu Handzalah baru sahaja menikahi seorang wanita yang bernama Jamilah Binti Ubaiy (baru beristeri). Namun, takdir Allah yang Maha Esa, perkahwinan itu berlangsung tatkala Perang Uhud menjelang. Oleh kerana Handzalah baru bernikah, beliau dikecualikan oleh Rasulullah dari menyertai peperangan Uhud.

Namun Handzalah seorang pembela agama yang teguh. Diawal pagi selepas malam pernikahannya, gendang perang telah dibunyikan. Ketika itu pasukan kaum Muslimin sedang berada dalam keadaan yang genting sekali. Handzalah terjaga dari tidur lantas memakai pakaian perang miliknya. Beliau turut bersama para sahabat berjuang dalam pertempuran Uhud.  Ditakdirkan oleh Allah SWT, beliau syahid pada pertempuran itu.

Begitu besar  dan hebat keimanan Handzalah. Berapa ramai dari kita sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demi membertahankan Agama Islam. Sedang ketika itu, Handzalah sedang bersama dengan isteri tercinta yang baru sahaja dinikahi. Tentu sahaja berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta dan meninggalkan kenikmatan berumah tangga untuk pergi berperang. Yang entahkan dapat bejumpa lagi sekiranya kelak terkorban atau cedera. Pasti itu suatu keputusan yagn besar bagi Handzalah. Namun Handzalah pasrah.

Menyelusiri bait-bait lagu Handzalah dendangan Rabbani:

"Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga"

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah

Akhirnya Syahidlah Handzalah dalam pertempuran Uhud menentang Kaum Musyrikin.

Setelah Handzalah syahid, telah diriwayatkan Baginda Rasulullah saw melihat jasad Handzalah dimandikan oleh malaikat di antara langit dengan bumi dengan menggunakan bekas yang diperbuat dari perak.Pada ketika itu, Handzalah tidak sempat berjunub dan telah pergi ke medan pertempuran dalam keadaan tegesa-gesa kerana keadaan Pasukan Muslimin begitu genting sekali. Peristiwa ini berlaku dalam Perang Uhud yang berlaku pada 625M 3H. Dalam pertemburan ini, Handzalah telah terbunuh ditombak oleh Kaum Musyrikin. Beliau syahid bersama-sama 69 pahlawan yang lain. 

Begitulah sedikit sebanyak kisah yang boleh dikongsikan tentang seorang pemuda yang tersepit antara 2 cinta iaitu cinta seorang abdi dengan cinta seorang suami.Subhanallah..

Setelah saya terbaca kisah ini,jujurnya hati saya menjadi cemburu kepada pemuda ini.Saya tertanya-tanya kepada diri saya sendiri apakah mampu saya melakukan pengorbanan yang besar seperti ini ? Cukup susah,lebih-lebih lagi bagi mereka yang hanya baru sahaja mahu menikmati rumahtangga yang baru didirikan.Tetapi cukup mudah bagi pemuda ini.Apabila iman dan taqwa diletakkan sebagai prioriti,maka cinta Allah menjadi pilihan.Pendirian yang teguh ini tidak akan muncul melainkan sekiranya kita benar-benar menghayati watak kita sebagai seorang hamba kepada Allah.

Dalam Al-Quran,banyak ayat yang menyebutkan  bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik daripada apa yang kita kumpulkan.Kepercayaan,dan keimanan yang teguh terhadap janji-janji Allah ini akhirnya menyebabkan Handzalah cuba merealisasikan hasratnya iaitu untuk memperoleh apa yang lebih baik untuk akhirat.Firman Allah S.W.T dalam Surah  Ali-Imran ,ayat 169 :

 " Dan janganlah sesekali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,sebenarnya mereka itu hidup,di sisi Tuhannya mendapat rezeki "

Mudah-mudahan,kisah Handzalah ini mampu menjadi inspirasi kepada kita dalam proses kita mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta menghayati watak kita sebagai hamba.Wallahua'lam

Welcome Back To Penjara Tarbiyah...

0 comments
Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah,sedar tidak sedar Ramadhan berlalu meninggalkan kita begitu pantas sekali.Beruntung bagi mereka yang telah memanfaatkan segala peluang untuk membina rohani diri dalam bulan ini kerana bulan inilah yang sering kali kita dengar digelar madrasah tarbiyah.Di mana madrasah inilah yang mendidik lapar dahaga kita,nafsu kita,ibadah kita dan sebagainya.Untuk apa ? untuk tidak lain tidak bukan sebagai momentum untuk kita menempuh bulan-bulan yang akan datang.Manakala bagi mereka yang telah mensia-siakan bulan ini,wajarkah dianggap rugi ? Bagi saya rugi tu ya,tapi rugi sedikitlah.Janganlah disebabkan kita gagal melatih diri kita dalam bulan Ramadhan yang lepas,kita terus berasa lemah semangat,futur atau seumpama dengan itu.Kegagalan dalam bulan Ramadhan tak bermakna kita tak boleh survive untuk bulan-bulan seterusnya.Dan bagi mereka yang berjaya dalam bulan Ramadhan juga,belum tentu mereka mampu menempuh bulan-bulan setertusnya.Dalam hal ini,kita perlu ingat akan pesan Dr. Yusuf Qardhawi :


" Kun Rabbaniyun,wala takun ramadhaniyun"
( Jadilah kamu Hamba Allah , Janganlah kamu jadi hamba kepada Ramadhan )

Pesanan Syeikh ini jelas menunjukkan bahawa kita beribadah dalam bulan Ramadhan bukan semata-mata kerana itu bulan Ramadhan sendiri tetapi kerana kita ingin menngkatkan taqwa kepada Allah S.W.T.Selaras dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 183,mafhumnya :

"Wahai orang-orang yang beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa di bulan Ramadhan seperti mana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya KAMU BERTAQWA"

Kembali kepada tajuk penulisan saya sebentar tadi,apa yang dikatakan dengan penjara tarbiyah ? Adakah bulan-bulan lain begitu teruk gambarannya sehingga digambarkan seperti sebuah penjara ? Sebenarnya,kita kena ingat bahawa hakikatnya bukan sahaja bulan-bulan lain itu penjara tetapi setiap hari adalah penjara bagi orang mukmin kerana perumpamaan seluruh dunia itu ibarat penjara bagi kita.Persoalannya,mengapa pula digelar penjara tarbiyah ?


Sahabat-sahabiah yang ana kasihi sekalian,
kita perlu membetulkan kembali persepsi kita terhadap dunia ini.Ramai antara kita yang berfikiran bahawa kalau kita nak membina semula akhlak kita,mentarbiyah diri kita,membentuk jati diri kita ialah hanyalah ketika bulan Ramadhan.Satu persepsi yang salah pada pandangan saya.Kalaulah begitu persepsi masyarakat kita hari ini,persoalannya apakah bulan-bulan lain tidak berpotensi untuk kita melakukan perkara-perkara yang sama seperti dalam bulan Ramadhan.Adakah selain bulan Ramadhan,kita tidak mampu mentarbiyah diri kita dengan ibadah-ibadah qiamullail,tadarus Al-Quran seperti mana yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan ? Seandainya jawapan kita ialah tidak,maka jadilah kita hamba ramadhan seperti mana yang telah disebutkan oleh syeikh sebentar tadi.

Sebenarnya,pada pandangan saya peluang untuk kita mentarbiyah diri kita terbuka bila-bila masa sahaja tidak khusus kepada bulan-bulan tertentu.Bezanya ialah dari sudut mana kita mentarbiyah diri kita sendiri,itu sahaja.Kalau dalam bulan Ramadhan,kita ditarbiyah dengan ibadah-ibadah,pahala ganjaran yang Allah janjikan kepada kita.Dalam masa yang sama,kita cuma perlu berhadapan dengan nafsu kita sahaja.Syaitan dibelenggu dan sebagainya.Sebaliknya,selain bulan Ramadhan,kita ditarbiyah oleh Allah dengan pelbagai cabaran dan ujian pula.Syaitan dibebaskan,pahala ganjaran kembali seperti biasa,tiada lagi tawaran Lailatul Qadar dan sebagainya.Sebab itu saya menggelarnya penjara tarbiyah.Berbeza madrasah dengan penjara.Kalau madrasah,seakan-akan kita masuk sekolah baru nak belajar tetapi dalam penjara kita diuji,dicabar,diduga.Dan bagi saya ,siapa yang mampu menempuh penjara,maka dia lagi hebat kerana keadaannya yang lagi mencabar.Kalau kita tanya kanak-kanak kecil pun,antara penjara dengan sekolah,nak pilih yang mana ? mesti jawapannya sekolah,siapa yang nak masuk penjara yang tak boleh dibayangkan keadaannya itu.



Kesimpulannya,selamat kembali ke penjara tarbiyah.Mudah-mudahan kita terus bersemangat dalam mentarbiyah diri kita.Semoga kelansungan terbiyah dapat terus dijamin dengan membetulkan persepsi kita dalam hal ini.

Kerana Peribadinya Aku Terpesona,Kerana Budinya Aku Jatuh Cinta

0 comments
Nuzul Quran merupakan salah satu peristiwa yang sangat penting terhadap umat Islam.Peristiwa yang mana menyaksikan Al-Quran diturunkan sekali gus daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izzah sepatutnya dijadikan iktibar dan penghayatan kepada semua manusia,bukan sahaja menyambut ketibaan peristiwa ini tetapi juga sebagai muhasabah terhadap penghayatan masing-masing terhadap Al-Quran.

Selama diri kita berpijak di atas muka bumi Allah ini,berapa banyak ayat yang sudah kita amalkan dalam kehidupan seharian kita ? Adakah kita benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita ? Sedalam mana penghayatan kita terhadap isi kandungan,risalah yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T ?
Atau kita hanya menjadikan ia sebagai satu bacaan semata-mata sahaja ?

Peristiwa Nuzul Quran juga sepatutnya tidak membuatkan kita lupa terhadap insan yang mula-mula menerima risalah ini iaitu tidak lain tidak bukan Rasulullah SAW.Al-Quranlah yang menjadi sumber tarbiyah insan yang mulia ini sehinggakan dinyatakan kalau kita ingin melihat akhlak Al-Quran,lihatlah akhlak Rasulullah SAW.Insan inilah yang sewajarnya menjadi idola dan contoh tauladan  kita.Sesungguhnya,Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran,mafhumnya :

"Sesungguhnya pada Rasulullah itu,contoh yang terbaik buat kamu"

Maka tidak hairan Allah S.W.T mengiktiraf baginda S.A.W sebagai contoh yang terbaik,nak menunjukkan betapa hebatnya isi kandungan Al-Quran sehingga mampu membentuk peribadi mulia seorang Nabi.Tidak ada gunanya kalau kita setiap hari membaca Al-Quran,tetapi tidak berusaha untuk mentadabburnya.Tidak ada gunanya juga,kalau kita tidak cuba mengimplementasikan saranan-saranan Al-Quran dalam kehidupan kita.


Peristiwa Maulidurrasul yang seringkali disambut oleh hampir seluruh umat Islam telah menimbulkan persoalan,adakah sambutan tersebut hanya bertujuan untuk melahirkan rasa cinta terhadap sebatang tubuh sahaja ? Kalau itulah tujuan kita menyambut Maulidurrasul,maka perlu dimuhasabah semula tujuannya.Sepatutnya,kita bukan sahaja perlu mencintai batang tubuh insan yang mulia ini sahaja,bahkan juga risalah yang dibawa termasuklah Al-Quran,sifat peribadinya dan seluruh perkara yang diajarkan oleh baginda S.A.W.

Ya,kita manusia yang lemah,sudah tentu tidak mampu mencontohi peribadi baginda 100 % tetapi tidak salah kalau kita cuba untuk terus perbaiki diri dari semasa ke semasa.Allah melihat usaha kita,Allah tidak melihat hasil.Seandainya Allah melihat hasil,maka Nabi Nuh lah insan yang paling rugi kerana berdakwah beratus-ratus tahun tetapi hasilnya,hanya beberapa sahaja yang mengikuti dakwah baginda.Masih ingatkah kita satu cerita tentang seekor burung yang cuba memadamkan api dengan membawa air menggunakan paruhnya ? Ketika itu,dia diketawakan oleh burung-burung yang lain kerana tindakannya itu sia-sia tetapi apabila ditanya kepada burung tersebut tentang perihal tindakannya itu,maka dia menjawab,"sekurang-kurangnya aku ada bukti di hadapan Allah S.W.T nanti bahawa aku telah mencuba sedaya upaya untuk memadamkan api tersebut"


Maka,teruskanlah berusaha.Perbaiki akhlak kita dari semasa ke semasa.Usah dengar kata orang,biarlah mereka mengejek,mencaci,perli kita disebabkan kita ingin berubah.Hanya Allah sahaja yang mampu menilai.mengapa perlu digusarkan pandangan manusia terhadap kita sedangkan pandangan Allah itu yang penting ? Sama-sama bermuhasabah.Wallahua'lam,salam Afala Ta'qilun.

:: Bukanlah akhlak itu hasil iman dengan tiba-tiba tetapi iman yang hidup akan menggerakkan tuannya bermuhasabah akhlaknya lalu bermujahadah membaikinya ::

Ramadhan : Ingatkah dia di sana ?

1 comments




Alhamdulillah,Allah telah mengembalikan semula kekuatan untuk menulis setelah futur sekian lama.Begitulah hakikat buat seorang hamba yang memikul taklifat sebagai khalifah dan da'ie atas muka bumi ini,tidak terlepas daripada sebarang ujian.Dan ujian itu,ada yang mampu kita gagahi,dan kadang-kala juga mampu membuatkan kita lemah dan futur.Mudah-mudahan,walau sebanyak mana pun kita futur di jalan ini,Allah tetap memberikan ketetapan dalam hati kita agar terus thabat dengan segala taklifat yang bersifat sementara ini.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang dinamakan Al-Musaqitun Fi Tariq Da'wah ( Golongan yang tercicir di jalan dakwah )

Sedar tidak sedar,pada hari ini,telah masuk 10 Ramadhan,maka telah berakhirlah satu fasa yang dinamakan fasa kerahmatan dan tiba pula fasa yang baru iaitu fasa keampunan Allah S.W.T.Sepanjang 10 hari yang berlalu ini juga,alhamdulillah saya masih dicukupkan dengan keperluan yang sememangnya saya perlukan.Makanan,minuman,pakaian dan beberapa keperluan yang lain.Seinfiniti kesyukuran sama-sama kita panjatkan kepada Allah S.W.T

Saya masih teringat akan sebuah hadith yang saya tidak ingat matannya,mahupun martabatnya.Seandainya martabat hadith ini maudhu',harap dapat tuliskan komen pada post ini supaya saya boleh membuat pembetulan.Antara nikmat yang Allah kurniakan kepada orang yang berpuasa seperti mana yang dicatatkan dalam hadith tersebut ialah nikmat ketika berbuka puasa.Saya memang sangat bersetuju dengan hadith ini,kerana ketika waktu berbuka puasalah saya lihat manusia paling semangat termasuk saya sendiri.Ada orang yang dari pukul 8.00 am sampai 4.00 pm lemah tak berdaya,tetapi bila masuk sahaja pukul 6.00 pm tiba-tiba menjadi bertenaga.Ada orang yang semangatnya diekspresikan bila mengunjungi bazar Ramdhan,sangat luar biasa semangatnya.Kalaulah pergi bazar pun dah semangatnya luar biasa,saya tertanya-tanya bagaimana pula semangat ketika hendak berbuka puasa ? Sudah pasti tentu lagi hebat sebab makanan dah masuk ke mulut ketika itu.Memang betullah apa yang dikatakan oleh hadith tersebut,berbuka puasa itu adalah satu nikmat.

Tetapi perlu juga kita ingat,walaupun berada dalam bulan puasa,tidak wajar kita menjadi lembik sedemikian rupa.Sebaliknya,kita perlu menjadi lebih produktif supaya ibadah puasa ini tidak dilihat sebagai suatu perkara yang membebankan oleh masyarakat bukan Islam.Cuba kita hayati semula bagaimana ketabahan yang ditampilkan oleh para sahabat dalam perang Badar yang tercetus ketika bulan Ramadhan.

Post kali ini sebenarnya bukan nak bercerita tentang peperangan Badar tetapi saya ingin berkongsi apa yang saya alami pada satu hari di bulan Ramadhan.Saya masih ingat lagi ketika itu,sahabat saya mengajak saya untuk ke bazar Ramadhan.Memandangkan waktu itu pun saya lapang dan tak tahu nak berbuat apa,saya pun menerima pelawaan sahabat saya itu.Lagipun,sejak belajar di UIA,belum pernah lagi pergi ke bazar Ramadhan.



Sampai sahaja di bazar tersebut,kawan saya berkata,”hari ini,kita cari benda pelik sahaja.Makanan yang dah biasa jangan pandang”.Kami pun berjalan dan berjalan untuk mencari makanan atau minuman yang pelik,dan akhirnya jumpalah air pisang.Tak tahulah pelik ke tidak tapi bagi saya memang pelik,tak pernah minum.Jadi,kami pun pulanglah dengan sebungkus air pisang yang dibeli di bazar tersebut.

Ketika berbuka puasa pula,banyak juadah yang saya telan.Rasanya,petang itulah pertama kali saya berbuka puasa dengan penuh bersemangat bersama rakan-rakan saya.Banyak lauk yang dihidangkan dan boleh dikatakan semuanya enak belaka.Tengah sedap-sedap makan,saya sedawa ( tak pasti mana satu betul,sedawa atau sendawa) tanda kekenyangan,tiba-tiba saya teringat kawan-kawan saya yang tak dapat berasa keenakan beruka seperti saya.Dan kemudian,saya teringat pula bagaimana keadaan saudara-saudara kita berbuka puasa di luar sana yang keadaan negara mereka penuh dengan kesengsaraan.Tiba-tiba sahaja,teringat Palestine.Dan tiba-tiba teringat banyak perkara.Mati,amal cukup ke tak,ilmu,amanah dan tanggungjawab,semuanya terlintas di fikiran hanya kerana satu sedawa.Nikmatnya sedawa itu.Kadang-kadang kita tak perasan pun bagaimana Allah turunkan nikmat tu..

Konklusinya...fikir-fikirkanlah sendiri mesej yang cuba saya sampaikan ^_^

Charger Kita ?

0 comments


Fitrah telefon bimbit sememangnya begitu,pasti memerlukan charger.Tak kisahlah jenama apa sekali pun,yang penting bila bateri dah nak habis,telefon bimbit itu kena charge.Kalau tak,banyak benda tak boleh dibuat dengan handphone tersebut seperti membuat panggilan,sms,surf laman web dan sebagainya.Nak kata betapa penting charger ini kepada telefon bimbit,walaupun harganya tidak semahal telefon bimbit.
Saya sendiri memakai Sony Ericsson Xperia X8 yang dibeli dengan harga RM350,tetapi charger saya Cuma berharga RM12 sahaja.Walaubagaimanapun,yang RM12 itulah yang menjadi penggerak kepada RM350 itu.Saya yakin ramai sahabat-sahabat memiliki yang lebih canggih daripada saya.

Tetapi itu bukan persoalan yang cuba saya sampaikan.Kaitan utama ialah iman kita.Iman manusia biasa sudah difitrahkan oleh Allah SWT sentiasa naik dan turun.Ketika mana iman kita sedang berada di puncak,kita semangat melakukan ibadah dan aktiviti seharian tetapi bila Allah twist sahaja hati kita,iman kita mudah jatuh lantas dapat melemahkan semangat dalam beribadah dan sebagainya.Jadi,iman juga memerlukan charger supaya ia dapat berfungsi semula dengan baik.

Cuba bayangkan betapa kasihnya Allah kepada kita,dalam setahun berbagai-bagai dosa kita lakukan,sama ada yang disengajakan mahupun tidak disengajakan.Tetapi perasan tak kita dalam setahun itu,ada satu bulan yang mana dosa-dosa kita dihapuskan.Bukan itu sahaja,bahkan bulan inilah yang menjadi penggerak atau momentum kepada iman kita untuk menempuh bulan-bulan seterusnya.Dengan syarat,kalau kita pandai memanfaatkan bulan tersebut.

Itulah Ramadan,satu bulan yang mampu menghapuskan dosa kita selama ini,bulan yang dipenuhi dengan maghfiratullah,bulan yang dianggap charger kepada bulan-bulan lain.Setelah berbulan-bulan kita membuat dosa bersilih ganti dengan amalan soleh,tiba bulan ini untuk menukarkannya kepada keampunan Allah.Subhanallah,sayangnya Allah kepada kita.

Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi,charger itu tidak lama lagi akan tiba.Persiapkanlah diri kita untuk menempuh bulan tersebut.Maksimumkan amalan seperti tadarus Al-Quran,Qiamullail dan sebagainya dalam bulan tersebut.Dalam fatrah sekarang ini,perbanyakkanlah doa supaya Allah memberi kita peluang bertemu dengan bulan tersebut,risau-risau tidak sempat kita menempuh bulan tersebut,kita sudah menemuiNya terlebih dahulu.Mudah-mudahan,kita bertemu dalam charger itu…InsyaAllah..  ^_^
“Maksimumkan Amalan,Minimumkan Kekhilafan,Melestarikan Kehidupan”