Peranan Huffaz Sebagai Agen Perubahan


Saya masih teringat ketika saya menuntut di Bumi Barakah Darul Quran,kami diajar supaya menjadi insan yang mampu merubah dunia dalam seluruh aspek politik,ekonomi,pendidikan dan lain-lain.Slogan,”rela ditarbiyah untuk mentarbiyah” selalu diusung dalam mana-mana program sekalipun dengan tujuan untuk menyedarkan kami bahawa di Bumi Barakahlah tempat kami untuk mempersiapkan diri dengan pelbagai bekalan supaya mampu mendepani masyarakat yang pelbagai ragam di luar sana nanti.Bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104,mafhumnya:

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung “

Juga Allah berfirman dalam surah yang sama pada ayat 110,mafhumnya :

“Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh (berbuat) yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar,dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik”

Hari ini genap seminggu saya berada di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya.Terngiang-ngiang di telinga saya slogan yang selalu menjadi fokus utama di Darul Quran suatu ketika dahulu.Kehidupan seminggu di sini sahaja sudah mencabar,apatah lagi 2 tahun yang akan saya hadapi,sudah pasti banyak pengalaman,ujian dan cabaran terpaksa saya tempuh.Sebagai seorang yang sudah biasa bersama rakan-rakan yang kurang memahami agama,saya tidak menghadapi kejutan budaya (culture shock).Cuma mungkin saya agak kekok untuk berada di sini setelah setahun setengah saya menuntut di Darul Quran.Melihat orang pakai seluar pendek di hadapan saya menjadi kebiasaan sewaktu di sekolah dulu.Begitu juga dengan masalah ikhtilat.Namun,apabila masuk ke Darul Quran,semuanya boleh dikatakan hampir tiada,boleh diibaratkan Darul Quran ini syurga dunia pada pengamatan saya.Dan kini,semuanya kembali seperti biasa.Belum sempat habis Ta’aruf Week di Centre Foundation for Studies International Islamic  University Malaysia ( CFS IIUM ) lagi,saya dah kembali lihat masalah-masalah pemuda-pemudi Islam yang dikatakan ‘torchbearers  for Ummah’.

Sebagai orang yang perlu mendepani realiti ini,saya tidak memandangnya sebagai satu perkara yang negatif. Sudah biah sedemikian rupa,nak buat macam mana.Niat post ini bukan ingin menuding jari kepada mana-mana pihak yang salah,bukan juga untuk menyalahkan biah yang sedia ada di CFS ini,tetapi sekadar untuk mengeluarkan pemikiran saya yang saya kira masih lemah lagi.Perlunya kita mengambil cakna dengan masyarakat sekeliling,ya,itulah yang saya dapat hasil pembacaan saya,boleh rujuk buku Fiqh Politik,Imam Hassan Al-Banna.Dalam buku tersebut juga,ada menyatakan bahawa ada satu ilmu khusus tentang cara-cara kita memandang dan meneliti masyarakat sekeliling kita tetap malangnya saya lupa apa nama ilmu tersebut.Utamanya di sini,penulisan saya kali ini adalah bersaskan pemikiran yang masih lemah serta ilmu ( yang saya nyatakan tadi ) yang masih belum cukup mendalam.Walaubagaimana pun,suka untuk saya menyebutkan kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,penceramah dan penulis buku yang terkenal dalam kalangan kita era kini :

“Erti Hidup Pada Memberi…  ^_^”

Salah satu ciri khusus Islam ialah Waqieyyah yang bermaksud suasana secara neutralnya.Secara konseptualnya menyebut bahawa Islam itu ialah agama yang mengikut suasana.Hal ini bermakna setiap tindakan dalam Islam perlu mengikut Waqie atau suasana tempat tersebut.Sebagai contoh untuk memudahkan penjelasan saya ini,di suatu tempat pemakaian purdah adalah relevan dan tak menjadi masalah seperti di Malaysia tetapi menjadi masalah di tempat lain seperti Negara yang mengamalkan sekularisme seperti Turki.Mana-mana wanita yang memakai purdah dikatakan terroris di sana.Begitu juga dengan Darul Quran dan CFS,lain suasana lain caranya.

Mungkin di DQ dulu,kita bergelar ustaz-ustazah antara lelaki dan perempuan tetapi tidak di CFS,mungkin kita dulu di DQ kalau nak bercakap dengan berlainan jantina terpaksa menjaga jarak dan pertuturan kata tetapi di CFS mungkin keterbukaan itu perlu lebih lagi.Untuk memudahkan lagi mesej yang cuba saya sampaikan,hidup di DQ dengan cara DQ manakala hidup di CFS dengan cara CFS.

Tetapi timbul persoalan pula,andaikata kita (lepasan DQ) mengamalkan cara hidup yang sama seperti pelajar CFS yang lain,apa bezanya kita dengan mereka sedangkan kita huffaz?Adakah disebabkan suasana CFS sebegini,maka kita juga perlu mengikut suasana CFS secara total?Apa bezanya kita yang hafal Quran dengan mereka yang tidak menghafal Quran? Walhal kita dulu dididik,diasuh,diajar,ditarbiyah supaya menjadi agen perubahan kepada masyarakat di luar.Mana perginya slogan “rela ditarbiyah untuk mentarbiyah” yang selalu kita canangkan kepada adik-adik di DQ dahulu?

Pada pandangan saya,waqie itu perlu diikut dan dihormati tetapi tidak secara total.Walaupun kini kita sudah menjadi mahasiswa CFS tetapi tidak semestinya kita perlu hidup dengan cara CFS.Tidak semestinya juga kita perlu melupakan identiti kita sebagai mahasiswa DQ suatu ketika dahulu.Sebaliknya,kita perlu menggabungkan kedua-dua identiti ini supaya menjadi mahasiswa DQ-CFS seiiring dengan nama “Program Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM”.Bagi saya,sebagai huffaz,kita WAJIB menunjukkan perbezaan dalam setiap tindak-tanduk kita,pemakaian kita,pergaulan kita sebab kita pengusung kalam Allah.Kalau tidak,status kita sebagai huffaz hanya dipandang di masjid  dan dalam bulan Ramadan sahaja.

Sebagai contoh,situasi pergaulan dengan berlainan jantina,walaupun kita hidup di CFS tetapi bagi saya cara kita bergaul perlulah mengikut cara pergaulan yang kita belajar di DQ cuma tidak perlulah mengikut kaedah atau cara DQ secara total atau bulat-bulat.Sebaliknya,harus disesuaikan dengan waqie CFS supaya penerimaan pelajar lain terhadap kita mudah secara tidak langsung mampu menarik mereka supaya mendekati kita.Begitu juga dalam aspek pemakaian,bagi saya ciri-ciri pemakaian juga perlu lebih kepada islamik sedikit,bermakna pemakaian seperti jeans amatlah tidak digalakkan walaupun dalam Islam tidak salah.Konsep Hasanatul Abrar Wa Sayyiatul Muqarrabin harus ditekankan dalam diri kita sebagai huffaz.

Pendekatan ini bagi saya tidak akan menjauhkan pelajar lain dengan kita seandainya kita pandai memainkan watak diri kita serta tidak terlalu melampau dalam menyampaikan dakwah (ghulu’).Mudah-mudahan dengan perbezaan yang kita tampilkan mampu mengubah suasana yang sedia ada di CFS secara tidak langsung membentuk jiwa masyarakat sekeliling kita.Inilah tanggungjawab kita sebagai huffaz,Quran itu taklifat bukannya tasyrif ke atas diri kita.Ia hanya akan menjadi kemuliaan apabila tiba di akhirat kelak.Huffaz seperti inilah yang kita mahukan,supaya boleh meneraju ketamadunan manusia akan dating.InsyaAllah.Teringat saya akan satu hadis nabi :

“Islam itu datang dalam keadaan yang asing dan akan kembali dalam keadaan yang asing,maka beruntunglah bagi orang-orang yang asing (ghuraba)”

Begitu juga dengan kita wahai huffaz sekalian,biarlah kita dipandang aneh dan pelik oleh masyarakat sekeliling kita kerana sudah dinyatakan dalam hadis sendiri bahawa barangsiapa yang membawa Islam di akhir zaman ini akan dipandang pelik seperti mana Islam mula bertapak dahulu.Jadi tidak hairan andai kita dipandang pelik oleh orang lain.

Suka juga saya sebutkan tentang satu prinsip iaitu,”berprinsip jangan jumud ,terbuka jangan hanyut”.Selalu kita dengar perihal prinsip ini,tetapi seandainya kita antara orang-orang yang tidak mampu menghadapi realiti survival kehidupan sebegini,maka bagi saya eloklah prinsip itu ditukar kepada,”biar aku jumud,asalkan aku tidak hanyut” kerana manusia itu pasti akan diuji.Maka,berhati-hatilah dalam memilih tindak-tanduk kita.Semoga Allah bersama kita agar kita sentiasa dibimbing dengan cahayaNya.Moga thabat wahai diriku dan sahabat-sahabat sekalian.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
:: Al-Baqarah,155 ::

3 comments:

Shahrul said...

Assalamualaikum. ana ni student CFS juga. bukan dari DQ tapi sekolah biasa saja sebelum masuk ke CFS. apa yang ana baca daripada post enta ni, ada beberapa perkara yang ana setuju, tapi tidak kurang juga beberapa perkara yang ana tak setuju. nak dihuraikan, takut jadi essei plak kat sini nanti. ^^, .. cuma dalam beberapa perenggan tu, kena consider balik, takut2 ada students CFS yang bukan huffaz / ex-DQ terasa hati baca ayat2 enta. satu ayat mungkin boleh menjadi kesimpulan daripada ana untuk post enta. "siapa pun kita, dari mana pun kita, apabila takdir Allah menemukan kita dengan orang2 yang tidak segolongan dengan kita, kita harus pandang positif pada suasana, cari lah titik persamaan, bukan titik perbezaan"

Reformis Muda said...

Terima kasih kepada akh saif khalef atas komen yang diberikan.Ya betul apa yang saudara cakap tadi.Berkenaan post ini,memang ada kemungkinan mampu membuatkan students cfs yang lain terasa.But the main point yang ana nak tujukan ialah buat golongan huffaz,bukan sahaja dq,bahkan dari maahad tahfiz lain.Jadi,post ini hanya fokus kepada golongan ini sahaja.Betul kita harus pandang positif,tetapi takkan kalau kita nampak benda tu memang negatif,kita nak pandang positif juga?Boleh pandang positif dengan niat ada harapan untuk mengubah perkara negatif tersebut.Begitu juga dengan titik persamaan,bukan semua ttik perlu kita ikut,kita harus memilih dan menimbang tara titik-titik tersebut dengan taklifat sebagai Hamalatul Quran.Sebab itu,tugas sebagai huffaz cukup berat.Kalau enta nak lebih faham,mungkin kita boleh bertemu untuk membincangkan hal ini.

Unknown said...

Assalamualaikum... adakah tuan berminat utk menyebarkan dakwah Islam bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kawasan Kuala Selangor.. jika berminat hubungi ana 0136785692 - Us. Azril

Post a Comment