Liberalisme merupakan suatu bentuk pemikiran yang
bertunjangkan kebebasan sebagai konsepnya . Jika dikaji lebih mendalam tentang
liberalisme , maka kita akan dapati bahawa terlalu banyak definisi dan
pandangan terhadap ideologi ini berbeza mengikut tokoh-tokoh tertentu . Maka
,penulisan kali ini bukanlah sesuatu pencerahan apa itu liberalisme apatah lagi
jika ingin difahami apa hakikat liberalisme itu , bagaimana rupanya dan
sebagainya sebaliknya sebagai pandangan peribadi hasil kajian yang bagi penulis
mash belum mendalam . Kaji dan terus mengkaji.
LIBERALISME DALAM LIPATAN REINASSANCE
Liberalisme sering kali dikaitkan dengan peristiwa yang
berlaku di Eropah suatu ketika dahulu iaitu ketika masyarakat Eropah dilanda
zaman kegelapan . Masyarakat eropah ketika itu berasa tertindas dan terkongkong
dek kerana terikat dengan kuasa gereja yang dianggap maha agung ketika itu .
Kediktatoran kuasa gereja yang ditampilkan ketika itu menyebabkan mana-mana
idea mahupun kenyataan yang bercanggah dengan gereja dianggap salah dan sesat sehinggakan
pelakunya itu dihukum seperti mana yang pernah terjadi kepada saintis terkemuka
Gallilo Gallilei apabila beliau mengeluarkan idea heliosentrik.
Oleh hal yang demikian,muncul suatu golongan yang dinamakan
protestan menentang penindasan kebebasan pemikiran manusia oleh kuasa gereja .
Bagi mereka , manusia perlu bebas daripada kuasa gereja ( agama ) supaya
menjadi lebih maju dan bertamadun .Sebelum mencapai tahap itu (memisahkan
kehidupan daripada agama = sekularisme ) , unsur-unsur liberalisme dicucuk
dalam kehidupan supaya masyarakat berani menentang kuasa gereja . Gerakan
reformasi ini dipimpin oleh Martin Luther .
Kesannya , masyarakat eropah akhirnya keluar daripada kepompong ini dan
mencetuskan suatu zaman iaitu Zaman Reinassance . Tamadun eropah yang dahulunya
dipandang hina dan jijik akhirnya membangun ibarat cendawan tumbuh selepas hujan
. Melihat perihal itu,maka tamadun lain menerima tempias liberalisme apabila
mempercayai bahawa sesuatu ketamadunan itu menjadi lebih baik apabila tidak diikat
dengan agama.
Ketamadunan Islam juga turut terlibat dengan tempias ini .
Buktinya telah lahir beberapa tokoh –tokoh Islam yang mengetengahkan idea Islam
Liberal ini seperti Ali Abdul Raziq . Lantaran daripada peristiwa ini,maka
istilah liberal menjadi negatif dalam pemikiran masyarakat .
TAHAP KEBEBASAN
Walaubagaimana pun,masih ada beberapa tokoh yang cuba
menjernihkan semula kefahaman terhadap ideologi ini . Bagi mereka , Liberalisme
perlu dibezakan dengan Islam Liberal . Liberalisme merupakan satu bentuk
pemikiran yang bersifat umum manakala Islam Liberal adalah kesan daripada sifat
yang umum tadi . Sesetengah individu berpendapat bahawa kebebasan akal itu
sendiri memerlukan batas dalam berfikir dan begitu juga sebaliknya.
Bahkan , ada juga yang mengatakan bahawa Islam itu sendiri
sudah liberal sifatnya tetapi kebebasan yang diberikan bukanlah sesuatu yang
bersifat mutlak . Maka,di sinilah pertembungan antara perbezaan kefahaman
liberalisme . Bagi mereka yang berpendapat bahawa Islam itu meraikan kebebasan
dalam berfikir , terdapat banyak ayat Al-Quranul Karim yang menyentuh tentang ini
seperti yang dilakarkan menerusi firman Allah SWT
"Katakanlah (wahai Muhammad); Perhatikan dan
fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang
menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya)"
( Surah Yunus 101 )
"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di
muka bumi supaya dengan melihat
kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang
dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat
mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana
keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu
ialah mata hati yang ada di dalam dada".
( Surah Al Hajj 46).
Dan banyak lagi ayat Al-Quran yang menyarankan manusia
supaya berfikir . Tidak kurang juga ayat-ayat cabaran daripada Allah SWT
seperti “Afala Ta’qilun “ ( Apakah kamu
tidak berfikir ) yang membawa signifikannya berfikir dalam diri manusia . Inilah
pertembungan yang sangat vital yang perlu difahami bahawa Islam tidak menolak
Liberalisme selagi mana kebebasan tersebut berada di dalam lingkungan syariat .
Permasalahan timbul apabila batas-batas syariat tidak dipatuhi , akal kepala
lutut itu yang diagungkan .
FALSAFAH EKONOMI –
POLITIK
Liberalisme juga dikatakan merupakan suatu sistem ekonomi
politik . Mengapa ia dinamakan ekonomi – politik ? kerana daripada sistem ekonomi
, ia kemudiannya mampu memberikan efek campur tangan dalam hal politik
seterusnya memberi kesan kepada rupa masyarakat yang dibentuk . Sistem ekonomi
liberalis kebiasaannya disebut sebagai sistem kapitalis . Antara tokoh yang
memberikan sumbangan besar kepada sistem ekonomi liberalis ini ialah FA Hayek .
Persoalannya , bagaimanakah sistem ini mampu mengambil
bahagian atau campur tangan dalam politik ? Dalam suatu buku pro-sosialis yang
menghuraikan 11 jurus kapitalisme , ada menyebutkan bahawa ahli kapitalis /
liberalis ini akan mula mencampur urusan politik apabila mereka ingin
mengembangkan ekonomi mereka . Pada suatu tahap , mereka ( kapitalis/liberalis
) ini menyedari bahawa untuk mengembangkan ekonomi mereka di peringkat Negara mahupun
antarabangsa ,mereka perlu menguasai sumber bahan mentah , maka di situ
timbulnya keperluan untuk meletakkan ahli-ahli politik yang mendokong ideologi ini
dalam plihanraya supaya penguasaan tersebut dapat disusun aturkan . Kita juga
sering mendengar bahawa rupa masyarakat yang akan terbentuk kesan daripada
ekonomi ini ialah yang kaya tetap terus kaya dan miskin terus dengan kemiskinan
.
Namun , di sana sudah pastinya ada perbahasan dan
penghujahan daripada pro-liberalis yang menafikan keburukan sistem ini . Sangat
menarik untuk dibincangkan berkenaan pertembungan ekonomi sosialis dengan
liberalis namun penulisan kali ini hanyalah sekadar untuk memberi gambaran awal
tentang pertembungan ini maka selanjutnya , boleh dikaji dengan lebih mendalam.
Dalam sistem ekonomi liberalis , terdapat beberapa konsep
yang sangat menarik untuk ditelaah juga dibincangkan seperti Kebebasan Individu
, Kebertanggungjawaban , Ekonomi Pasar & Perdagangan Bebas , Tatanan
Spontan ( Spontaneous Order ) , Kerajaan Terbatas , Non-intervention.
TUNTUTAN ASAS
Untuk mendalami liberalisme juga , kita perlu mengetahui
beberapa tuntusan asas yang sentiasa diberikan penekanan .
1-
Kebebasan Maklumat
Kebebasan untuk mendapatkan maklumat (cth. Maklumat
tentang belanjawan atau pemberian tender kerajaan.
2-
Kebebasan Beriktikad
Kebebasan menganut agama / aliran agama /
mazhab agama / tidak beragama / faham / falsafah politik / ideologi politik
3-
Kebebasan
Akademik
Kebebasan penuh untuk melakukan kajian /
penyelidikan dalam bidang ilmiah
4-
Kebebasan Bersuara
Kebebasan meluahkan pandangan terutama
menerusi media massa ( akhbar,TV,radio) , karya penulisan sastera dan bukan
sastera , karya seni tampak ( lukisan ) dan seni persembahan ( teater , musik ).
5-
Kebebasan Berasosiasi
Juga disebut sebagai kebebasan berhimpun
iaitu kebebasan untuk berkelompok , berpersatuan , berpertubuhan ( termasuk
parti politik ) .
Rujukan
-
Sejarah Pemikiran 1 ( Sumber Ilmu , Perbandingan
Ideologi dan Orde Baru Dunia ), Dr Sulaiman Noordin , Universiti Kebangsaan
Malaysia
-
Liberalisme (Pengenalan ringkas dalam lakaran
& gambar ) , Al-Mustaqeem M.Radhi , Sri Murniati , Institut Kajian Dasar
-
Kolektif Pop Zine Inqilab , Vol 5