Alhamdulillah,Allah
telah mengembalikan semula kekuatan untuk menulis setelah futur
sekian lama.Begitulah hakikat buat seorang hamba yang memikul
taklifat sebagai khalifah dan da'ie atas muka bumi ini,tidak terlepas
daripada sebarang ujian.Dan ujian itu,ada yang mampu kita gagahi,dan
kadang-kala juga mampu membuatkan kita lemah dan
futur.Mudah-mudahan,walau sebanyak mana pun kita futur di jalan
ini,Allah tetap memberikan ketetapan dalam hati kita agar terus
thabat dengan segala taklifat yang bersifat sementara ini.Semoga kita
tidak tergolong dalam golongan yang dinamakan Al-Musaqitun Fi Tariq
Da'wah ( Golongan yang tercicir di jalan dakwah )
Sedar
tidak sedar,pada hari ini,telah masuk 10 Ramadhan,maka telah
berakhirlah satu fasa yang dinamakan fasa kerahmatan dan tiba pula
fasa yang baru iaitu fasa keampunan Allah S.W.T.Sepanjang 10 hari
yang berlalu ini juga,alhamdulillah saya masih dicukupkan dengan
keperluan yang sememangnya saya perlukan.Makanan,minuman,pakaian dan
beberapa keperluan yang lain.Seinfiniti kesyukuran sama-sama kita
panjatkan kepada Allah S.W.T
Saya
masih teringat akan sebuah hadith yang saya tidak ingat
matannya,mahupun martabatnya.Seandainya martabat hadith ini
maudhu',harap dapat tuliskan komen pada post ini supaya saya boleh
membuat pembetulan.Antara nikmat yang Allah kurniakan kepada orang
yang berpuasa seperti mana yang dicatatkan dalam hadith tersebut
ialah nikmat ketika berbuka puasa.Saya memang sangat bersetuju dengan
hadith ini,kerana ketika waktu berbuka puasalah saya lihat manusia
paling semangat termasuk saya sendiri.Ada orang yang dari pukul 8.00
am sampai 4.00 pm lemah tak berdaya,tetapi bila masuk sahaja pukul
6.00 pm tiba-tiba menjadi bertenaga.Ada orang yang semangatnya
diekspresikan bila mengunjungi bazar Ramdhan,sangat luar biasa
semangatnya.Kalaulah pergi bazar pun dah semangatnya luar biasa,saya
tertanya-tanya bagaimana pula semangat ketika hendak berbuka puasa ?
Sudah pasti tentu lagi hebat sebab makanan dah masuk ke mulut ketika
itu.Memang betullah apa yang dikatakan oleh hadith tersebut,berbuka
puasa itu adalah satu nikmat.
Tetapi
perlu juga kita ingat,walaupun berada dalam bulan puasa,tidak wajar
kita menjadi lembik sedemikian rupa.Sebaliknya,kita perlu menjadi
lebih produktif supaya ibadah puasa ini tidak dilihat sebagai suatu
perkara yang membebankan oleh masyarakat bukan Islam.Cuba kita hayati
semula bagaimana ketabahan yang ditampilkan oleh para sahabat dalam
perang Badar yang tercetus ketika bulan Ramadhan.
Post
kali ini sebenarnya bukan nak bercerita tentang peperangan Badar
tetapi saya ingin berkongsi apa yang saya alami pada satu hari di
bulan Ramadhan.Saya masih ingat lagi ketika itu,sahabat saya mengajak
saya untuk ke bazar Ramadhan.Memandangkan waktu itu pun saya lapang
dan tak tahu nak berbuat apa,saya pun menerima pelawaan sahabat saya
itu.Lagipun,sejak belajar di UIA,belum pernah lagi pergi ke bazar
Ramadhan.
Sampai
sahaja di bazar tersebut,kawan saya berkata,”hari ini,kita cari
benda pelik sahaja.Makanan yang dah biasa jangan pandang”.Kami pun
berjalan dan berjalan untuk mencari makanan atau minuman yang
pelik,dan akhirnya jumpalah air pisang.Tak tahulah pelik ke tidak
tapi bagi saya memang pelik,tak pernah minum.Jadi,kami pun pulanglah
dengan sebungkus air pisang yang dibeli di bazar tersebut.
Ketika
berbuka puasa pula,banyak juadah yang saya telan.Rasanya,petang
itulah pertama kali saya berbuka puasa dengan penuh bersemangat
bersama rakan-rakan saya.Banyak lauk yang dihidangkan dan boleh
dikatakan semuanya enak belaka.Tengah sedap-sedap makan,saya sedawa (
tak pasti mana satu betul,sedawa atau sendawa) tanda
kekenyangan,tiba-tiba saya teringat kawan-kawan saya yang tak dapat
berasa keenakan beruka seperti saya.Dan kemudian,saya teringat pula
bagaimana keadaan saudara-saudara kita berbuka puasa di luar sana
yang keadaan negara mereka penuh dengan kesengsaraan.Tiba-tiba
sahaja,teringat Palestine.Dan tiba-tiba teringat banyak
perkara.Mati,amal cukup ke tak,ilmu,amanah dan tanggungjawab,semuanya
terlintas di fikiran hanya kerana satu sedawa.Nikmatnya sedawa
itu.Kadang-kadang kita tak perasan pun bagaimana Allah turunkan
nikmat tu..
Konklusinya...fikir-fikirkanlah
sendiri mesej yang cuba saya sampaikan ^_^
1 comments:
alhamdulillah...
Post a Comment