Coretan Pemimpin

“KETUA LAJNAH MULTIMEDIA DAN PENERBITAN BADAR”
Pemimpin,kepimpinan,yang dipimpin...benda yang tidak asing lagi dalam kalangan remaja Islam kini sama ada di peringkat sekolah menengah mahupun mahasiswa sendiri.Tertariknya penulis ingin menulis tentang perkara ini kerana ingin berkongsi sedikit pengalaman dalam dunia kepimpinan yang tidak seberapa.
Tahun 2009 menyaksikan bagaimana diri penulis telah dicalonkan untuk menjadi sebagai ketua lajnah multimedia dan penerbitan di sekolah.Tiada apa yang dapat dikongsikan ,apatah lagi nak bergembira kerana penulis merasakan jawatan sebagai ketua lajnah itu hanya jawatan biasa sahaja.Tak ada apa yang nak dibanggakan atau dihebohkan.Lalu,masa terus berjalan sedikit demi sedikit,penulis ketika itu sedang membuat persediaan untuk menjawat jawatan tersebut.Hanya tunggu masa sahaja nak diumumkan.Persediaan dari segi mental,fizikal,ilmu komputer dan multimedia diajarkan sedikit demi sedikit oleh ketua lajnah ketika itu yang bakal bergelar mantan.Seronoknya jawatan ini yang penulis nampak ialah dapat bermain dengan laptop,itu sahaja.Banyak yang penulis pelajari daripada mantan,cara buat video dan seumpamanya.
Namun,pelajaran itu menjadi terbantut apabila tercetusnya satu insiden yang berlaku kepada bakal-bakal barisan kepimpinan pelajar akan datang.Oleh kerana peristiwa hitam tersebut berlaku(penulis tak nak menceritakan tentang peristiwa hitam itu),lalu salah satu jawatan penting di sekolah tersebut turun kepada calon-calon lain.Daripada orang ini kepada orang ini,daripada orang itu kepada orang itu hinggalah akhirnya sampai kepada diri penulis.Tergamam dibuatnya.
“PENGERUSI BADAR”
Siapa sanggup nak pikul jawatan ini?satu jawatan yang cukup berat.Tambahan pula,jawatan inilah yang akan memikul beban dakwah,menjamin kelangsungan bi’ah solehah di sekolah.Bukan perkara yang mudah dan main-main.Oleh kerana terlalu simpati terhadap akademik pengerusi BADAR ketika itu,penulis terima sahaja dengan hati yang sangat berat.Lalu,peristiwa inilah yang akhirnya menyebabkan ilmu-ilmu komputer dan multimedia terbantut.Sejak menjadi calon pengerusi BADAR,penulis sudah lama tidak bertemu dengan ketua lajnah multimedia dan penerbitan oleh kerana terlalu sibuk mempersiapkan diri dari sudut dakwah pula.Akhir tahun 2009,jawatan itu akhirnya telah diiktiraf oleh pihak sekolah kepada penulis.
“2010”
Tahun yang cukup menyedihkan kerana tahun inilah yang menjadi saksi bahawa penulis gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh pihak sekolah.Usahkan nak menggerakkan Islam di sekolah,nak menggerakkan Islam dalam diri cukup susah.Teruk,sangat teruk.Penulis tak mampu nak menggambarkan betapa teruknya corak kepimpinan penulis ketika itu.Ingatkan tak adalah susah sangat nak menjalankan amanah ini,rupa-rupanya terlalu sukar.Banyak cabaran yang terpaksa ditempuh.Seolah-olah cabaran dan dugaan itu datang dari setiap penjuru,bukannya satu persatu bahkan bertubi-tubi.Iman ketika itu sudah mula dicabar oleh nafsu yang selama ini membisu.tak cukup dengan diri sendiri,ditambah pula dengan tentangan hebat oleh rakan-rakan.Ketika saat itu,barulah penulis dapat merasakan betapa susahnya nak menggerakkan Islam ini.ketika itu juga,teringat pula pesanan mantan yang penulis buat tak endah sebelum ini:

1) Nanti bila kau pegang jawatan ini,kau akan rasa sakit hati sangat bagaikan ada jarum yang cucuk hati kau.
2) Nanti bila kau pegang jawatan ini,kau takkan berjalan dengan semua kawan-kawan kau yang setia bersama kau pada hari ini tetapi kau akan berjalan bersendirian sahaja.
3) Nanti akan ada kawan-kawan kau yang akan “menjadi najis” kepada kau.

Semasa menjadi calon,penulis tak terfikir langsung pun tentang pesanan ini kerana penulis sangkakan hal ini takkan berlaku tetapi kini penulis merasainya.Betul,semua yang mantan pesan itu dirasai oleh penulis.Masa terus berlalu sedikit demi sedikit dan akhirnya sesi kepimpinan tamat dengan perasaan yang sedih berbaur kesayuan dalam hati penulis kerana gagal dalam dunia kepimpinan.

“DARUL QURAN”
Perasaan sedih itu seterusnya penulis bawa ke Darul Quran(DQ) dengan harapan peristiwa hitam itu dapat dilupakan dengan masuk ke sini.Kerana penulis menyangka bila masuk sini,penulis hanya fokus untuk menghafal Al-Quran sahaja.Tiada lagi istilah kepimpinan yang akan terpahat dalam sejarah hidup penulis.Gara-gara takut mengingatkan jawatan yang penulis pernah abaikan suatu ketika dahulu.
Baru nak rehatkan minda dan lupakan peristiwa tersebut,tiba-tiba penulis dikejutkan dengan khabar angin yang menyatakan penulis bakal menjadi pengerusi Intellectual Quranic Generation Club,persatuan untuk pelajar program persijilan DQ-UIAM.Oleh sebab terlalu takut seandainya khabar angin tersebut menjadi kenyataan,penulis segera berjumpa dengan barisan perwakilan ketika itu dan memberitahu supaya jangan sesekali melantik penulis menjadi barisan perwakilan tersebut.Bertambah gelisah lagi kerana majlis pelantikan perwakilan yang baru akan berlangsung tidak lama lagi.Perwakilan ketika itu pula selalu bertemu dengan penulis,lagilah rasa tak sedap hati.
Malam yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba juga.Majlis berjalan sehinggalah diumumkan barisan perwakilan yang baru.Hati ketika itu sudah tidak tentu arah kerana takut nama penulis akan naik sebagai pengerusi.Belum sempat nama pengerusi diumumkan,tiba-tiba sahaja nama penulis diumumkan sebagai Ketua Biro Penerbitan & Informasi IQRaC(BPI).Penulis bersyukur kerana bukan penulis yang menjadi pengerusi,Alhamdulillah.Tetapi yang penulis tidak dapat terima ialah dilantik untuk jawatan yang lain pula ,ketua BPI.Sedangkan, ramai lagi sahabat-sahabat yang berkepakaran dalam bidang ini.Penulis hanya tahu sedikit sahaja oleh kerana tidak sempat untuk habiskan belajar dengan ketua lajnah seperti yang penulis ceritakan pada awal tadi.
Hidup menjadi tak menentu sejak dilantik sehinggakan tergerak untuk menghantar surat perletakan jawatan.Macam-macam lagi yang dibuat oleh penulis demi untuk meletakkan jawatan sehinggalah suatu hari terfikir...

“Betulkah apa yang aku buat ini?”
“Ya Allah,aku ni dah tak faham dah,kau dah tahu aku ni teruk tapi kenapa kau tetap pilih aku juga untuk menjalankan amanah ini”
“Apasallah aku juga yang dilantik?komputer tak pandai mana pun,ramai lagi yang hebat-hebat”

Persoalan inilah yang bermain-main di ruang fikiran penulis.Akhirnya,persoalan ini terjawab apabila teringat pertemuan penulis dengan mantan Timbalan Pengerusi IQRaC suatu ketika dahulu.

“Sampai bila enta nak ingat peristiwa hitam tu,yang dah lepas tu lepaslah.Sekarang ini fikirkan yang akan datang dan cuba berubah menjadi lebih baik”
“Allah bagi peluang untuk enta berubah,selagi mana Dia bagi peluang itu,manfaatkanlah sebaiknya..Allah sayang enta.Nak tengok iman enta macam mana.Kalau betul-betul nak perjuangkan Islam,perjuangkan betul-betul.Pejuang Islam bukan orang yang suka berputus asa.
“Pelantikan enta ini bukan dibuat semberono sahaja oleh mantan,kami syura,solat hajat,istikharah dan banyak lagi.jadi kami percaya Allah yang pilih,wasilahnya kami.tak semestinya ketua kena pandai komputer.kalau nak pandai juga belajarlah daripada ahli sem”
“Biasalah tu ujian dalam perjuangan.Tak dinamakan perjuangan kalau tak ada ujian.Cuba tegok para sahabat memperjuangkan Islam macam mana?sehinggakan terpaksa berhijrah ke sana-sini,diugut bunuh.Enta yang baru sedikit ni pun dah tak mampu dah?”

Akhirnya,penulis insaf terhadap apa yang telah dilakukan sebelum ini.Setelah mendengar nasihat,barulah penulis faham kenapa semua perkara ini berlaku kepada penulis.Jawapannya,Kerana Allah sangat sayang kepada penulis.Begitulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsikan bersama tentang dunia kepimpinan yang kecil ini.
Satu perkara lagi yang penulis ingin tegur kepada remaja Islam pada masa kini.Janganlah suka menolak jawatan dengan alasan yang tak munasabah ataupun kata tak mampu.Perkara inilah yang kian menjadi trend remaja Islam hari ini.Lagi satu,bila ditanya dulu pegang jawatan apa...jawapannya mesti macam ni..”mana ada pape..biasa-biasa je”.Kononya nak rendah dirilah sangat tapi sebenarnya tak.Kerana apabila kita berkata begitu,itu dah menunjukkan bahawa kita ini tak ada semangat nak berjuang untuk islam.Penulis masih ingat lagi ceramah yang penulis dengar semasa program futuwwah di DQ.Antara kata-katanya ialah,”Jawatan itu jangan diminta,tetapi bila datang jangan ditolak,kerana itu adalah sifat orang yang tidak berakhlak”.Kenapa tidak berakhlak?Kerana menjadi takut dan pengecut untuk berjuang demi Islam.Itulah perkara baru yang dapat penulis belajar di bumi barakah DQ ini.Dan mungkin sebab itulah juga Allah menempatkan penulis di DQ ini,tidak lain tidak bukan untuk mentarbiyyah dan mengislahkan diri sendiri.Subhanallah,Dia maha tahu apa yang kita tidak tahu.

0 comments:

Post a Comment