Usrah : Kenapa peranannya Nampak tak menjadi?

Usrah..perkataan yang cukup sinonim dalam diri seorang pelajar sekolah menengah yang tinggal di asrama di mana kegiatan usrah inilah dipandang suatu aktiviti yang penting yang perlu dilakukan oleh setiap badan dakwah yang terdapat di sekolah masing-masing.
Begitu juga dengan SEPINTAR,sekolah penulis sendiri,aktiviti ini boleh dikatakan berjalan dengan baik setiap minggu.Menghabiskan tugas sebagai presiden BADAR dapat juga dilaksanakan dengan perasaan sedikit gembira kerana masih dapat meneruskan aktiviti ini di sekolah dengan baik.Untuk tahun-tahun yang mendatang,penulis tidak dapat jamin sama ada aktiviti ini berjalan dengan baik atau tidak.Semuanya bergantung kepada kepimpinan BADAR yang akan datang.harapnya kegiatan ini terus berjalan dengan lebih baik lagi.
Meniti sejarah dan pengalaman sebagai seorang Presiden BADAR,penulis telah mencuba beberapa kali untuk memahami tentang gerakan usrah dan kepentingannya dalam Islam.Hal ini kerana sepanjang 5 tahun,program yang dianjurkan oleh BADAR ini,objektif dan matlamatnya masih tidak dapat diterjemahkan lagi oleh para pelajar.Tidak mustahil sekiranya ia sendiri tidak dapat diterjemahkan oleh para nuqaba’ sendiri kerana penulis juga begitu.Menjadi seorang naqib,memipin gerakan usrah tetapi tidak ketahui kenapa ia perlu dilaksanakan?
Alhamdulillah,Allah S.W.T telah menemukan penulis dengan seorang pemuda yang pada pandangan penulis,seorang yang cukup hebat.Saudara Marwan Bukhari..anak kelahiran Terengganu inilah yang mula menampakkan apa itu usrah sebenarnya pada diri penulis.Pertemuan yang sebentar di sekolah sedikit sebanyak telah memberikan informasi kepada penulis tentang sejarah usrah.
1.Datang Usrah
2. Buka Fail
3. Sampaikan apa yang ditaklifkan
4. Tutup Usrah

Terasa pelik pula bagaimana sistem yang selalu diulang-ulang oleh nuqaba’ di sekolah ini mampu menegakkan khilafah Islamiyyah seperti yang diterangkan oleh Saudara Marwan Bukhari semasa Liqa’ Nuqaba.Penulis bingung dan terus bingung.Kalaulah macam ini usrah,macam mana khilafah nak tertegak?Pelik?betulkah ini usrah?
Kebingungan ini akhirnya telah dirungkaikan sedikit oleh saudara Marwan Bukhari apabila bertemu sekali lagi semasa Tamrin tingkatan 3.Rupa-rupanya usrah bukanlah setakat 4 perkara di atas sahaja,tetapi banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk merapatkan ukhuwah antara ahli usrah sendiri.Antaranya,jamuan dan permainan.Lalu perkara itulah yang penulis ketengahkan dalam usrah seusai sahaja pengisian disampaikan.Pasa mulanya,ia nampak menarik tetapi lama-kelamaan timbul pula satu lagi persoalan di kotak fikiran penulis.Kenapa setelah sekian lama,aktiviti yang dicadangkan oleh Marwan Bukhari itu gagal menimbulkan perasaan kasih sayang antara ahli usrah sendiri?Sehinggakan nak diceritakan ketika itu telah tercetusnya pergaduhan antara batch F4 dengan F5.Dan sudah pastinya ahli usrah penulis berpecah dan menyokong batch masing-masing.
Persoalan yang masih terus bermain di kotak fikiran.Saudara marwan Bukhari pula sudah tidak datang lagi ke sekolah .Lalu,persoalan ini terus dibawa sehinggalah tamat SPM
Rupa-rupanya Allah sengaja menempatkan penulis ke DQ untuk menjawab soalan itu.Program usrah untuk pelajar persijilan bermula.Kami diagihkan kepada beberapa usrah.Semangat untuk menghadiri usrah yang pertama sangat lemah.Kerana penulis membayangkan betapa bosannya usrah itu nanti seperti di sekolah dahulu.Usrah pertama macam biasalah ta’aruf.Seperti yang diuga..sangat membosankan.Naqib pula ketika itu sangatlah “slow” pada pandangan penulis.
Usrah kedua dilakukan ketika iftar pada hari khamis.Perlaksanaannya sama juga kesannya..bosan Cuma kali ini bertambah baik sedikit kerana ramai ahli usrah cuba memberi pendapat tentang isu yang dibincangkan.Usrah kami semakin semakin baik apabila pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti iftar,perkongsian berdasarkan buku yang dikaji,mandi sungai,jamuan,sambut birthday ahli usrah.Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung telah meminimakan perkongsian ilmu yang dilakukan pada usrah kedua yang lepas.lama-kelamaan,usrah ini menjadi agresif dengan melakukan pelbagai aktiviti lalu akhirnya berjaya memecahkan tembok yang menghalang ukhuwah antara kami ahli usrah masing-masing.proses komunikasi semakin hari semakin berjalan dengan baik antara ahli usrah seperti adik-beradik.borak sama-sama,gelak sama-sama,bergurau senda yang akhirnya menyebabkan kami hampir lupa kepada pengisian usrah yang sepatutnya disampaikan untuk tujuan usrah itu sendiri.Demi meneruskan matlamat usrah,pengisian tetap dilakukan agar tidak lari daripada matlamat Cuma ia diminimakan kepada 30 minit seminggu.Selebihnya,pelbagai aktiviti untuk menjana ukhuwah antara kami.Aktiviti-aktiviti inilah yang sebenarnya bagi penulis menjadikan usrah itu tidak bosan dan menyebabkan ahli usrah sentiasa ingin menghadiri usrah sekiranya ada.Aktiviti – aktiviti inilah sebenarnya yang menyatukan ukhuwah antara ahli usrah manakala pengisian bertujuan untuk memastikan matlamat usrah itu tidak lari.
Kedua-dua elemen ini sangat berkait rapat.Aktiviti tanpa pengisian akan melahirkan hedonism dalam usrah manakala pengisian tanpa aktiviti akan lahirkan sikap pasif dalam usrah.Itulah yang berlaku pada usrah di sekolah-sekolah menengah hari ini.Bosan…Alhamdulillah,penulis sangat mensyukuri nikmat Allah S.W.t kerana sempat juga merasai kemanisan ukhuwah dalam usrah itu sendiri.Bagi penulis,sepanjang 6 tahun berkecimpung dalam dunia usrah ini,usrah di DQlah usrah yang terbaik pernah penulis jumpa.Kepada adik-beradik Agent Of Change,semoga usrah kita tetap terus berada di atas landasan yang betul.

0 comments:

Post a Comment