Marah-Satu Tarbiyyah

Sejak dua menjak ni,segala-galanya tak kena.Banyak sangat masalah yang dihadapi.Lumrah buat kita yang bergelar manusia di dunia ini.Takkan terlepas daripada ditimpa masalah.Lalu,atas dasar ini,kadang-kala timbullah pelbagai kesan atau tindak balas daripada subjek yang bernama masalah.Antaranya rasa tertekan atau stress yang akhirnya menjadikan kita ini panas baran,marah-marah,tak keruan dan sebagainya.

Itulah yang dihadapi oleh penulis sepanjang menghadapi kehidupan di bumi barakah Darul-Quran.Terlalu sibuk sangat sejak masuk ke semester 2 ini.Muqarrar sudah jauh ketinggalan.Orang lain dah jauh tapi penulis masih di belakang.Tak cukup dengan tu lagi,ditambah pula dengan tugasan-tugasan ketua biro yang sangat banyak.Memang berbeza sangat dengan sem 1 dulu,boleh lepak-lepak lagi,masih ada masa nak tambah thaqafah Islamiyyah lagi.Tapi,semuanya sudah berlalu.Apa yang penulis hadapi sekarang ialah kesibukan yang sudah tidak pernah mahu mengenal erti penat lelah manusia.

Lalu,perkara inilah juga yang menyebabkan penulis menjadi tak tentu arah yang akhirnya marah-marah kepada sahabat-sahabat perjuangan.Terukkan?Memang teruk pun.Sebenarnya,perkara ini berlaku sejak zaman sekolah menengah lagi.Ketika menjawat jawatan sebagai pengerusi BADAR lagi,benda ni dah kerap berlaku.Sehinggakan satu sekolah dah masak dengan perangai penulis ini.Sebut sahaja nama Fikri,siapa tak kenal?orang famous.
Tapi bukan famous dengan thiqahnya tetapi famous dengan marahnya.

Hal ini berlanjutan sehinggalah menjawat jawatan ketua biro hari ini.Macam-macam tak betul.Diam dan berfikir sejenak,tiba-tiba teringat pula tazkirah yang kerap penulis sampaikan kepada ahli biro dalam mesyuarat:

"Umat Islam hari ini tak boleh nak berkorban sedikit.Baru diuji sikit dah cepat down.Baru ujian kecil sedangkan umat dahulu diuugut bunuh dan terpaksa berhijrah ke sana -sini untuk Islam.Tetapi bila Islam sampai kepada kita,beginilah jadinya"

Rasa macam kena tampar pula bila teringat ucapan sendiri dalam mesyuarat.Pesan kat orang tapi diri sendiri tak mampu nak buat.Lebih menakutkan lagi bila teringat firman Allah,"Wahai orang-orang yang beriman!mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat?".Senyap terus bila terbaca ayat kedua surah As-Saff tersebut.

Akhirnya,tergerak juga hati penulis untuk merujuk kepada senior yang juga merupakan mantan pengerusi.Sebab penulis tengok dia macam tak pernah ada masalah pun,rileks and steady je.Tapi tak mungkin dia tak ada masalah.Jadi,mesti dia ada cara-cara macam mana nak handle "marah" tu.

Lalu berlakulah perbualan yang sekejap di facebook.Dia pesan :

1) Sebelum nak marah tu,cuba kita fikir,kita suka tak dimarahi.Sudah tentu tak,begitu juga dengan orang lain.Jadi jangan marah-marah

2) Beza marah dengan tegas ialah marah-emosi,tegas-rasional.Jadi,setiap kali kita nak bercakap,menegur orang atau sebagainya,gunakan rasional bukan emosi.

3) Sebelum nak marah,kita kena selami apa yang orang tu rasa."Ni kalau aku marah-marah ni,mesti dia lagi tension dengan aku.Last2,kerja pun lagilah jadi malas dia nak buat.Sudahnya,aku juga yang rugi.Kalau buat pun,mesti tak sungguh-sungguh"

Jadi,InsyaAllah selepas ini penulis cuba mentarbiyahkan diru untuk bermujahadah dengan sahabat baik penulis ini yang bernama "marah" ini.Hakikatnya,kita adalah manusia yang lemah dan perlu sentiasa memperbaiki diri kita.Kita takkan mampu untuk mengecapi kesempurnaan kerana di hadapan kita akan sentiasa ada pintu-pintu untuk penambahbaikkan.Wassalam.

0 comments:

Post a Comment