Ukhuwah..5 Tahun Kudengar, Baru Kini Kurasai Kemanisannya

27 Disember 2010..lelah SPM masih belum hilang di minda dan hatiku,baru sahaja menamatkan alam persekolahan yang setelah kian lama aku tunggu untuk ditamatkan.Sebab apa?..sebab aku sendiri sudah tension dan bosan dengan istilah “kelas”..”kerja sekolah”..”kelas tambahan”..dan banyak lagi istilah yang diguna pakai semasa berada di sekolah mahupun asrama.

Pada tarikh ini juga aku melangkahkan kakiku ke sebuah tempat pengajian yang baru.Tempat yang sudah semestinya aku mengharapkan kehidupan aku di sana lebih baik berbanding di sekolah dahulu.DARUL QURAN..tempat yang tidak asing lagi bagi pelajar-pelajar SEPINTAR.Namun,se”popular” mana pun tempat tu,yang aku hairan kenapalah hanya sedikit sahaja dari kalangan pelajar sekolah itu yang mahu menyambung pengajian ke sana.Mungkin kerana tempat itu hanya hafal Al-Quran sahaja kot.Dan,kalau belajar pun,mungkin bidang-bidang agama yang semakin hari semakin tidak mendapat tempat di hati masyarakat berbanding medic,engineering,pharmacy dan banyak lagi.Ya,begitu jugalah tanggapanku terhadap tempat yang bernama DARUL QURAN itu.Namun,ku gagahkan diriku jua untuk melangkah ke sana kerana aku ingin mencari jawapan bagi persoalan kehidupan yang sudah terbenam di dasar hatiku sejak 3 tahun yang lalu..2009.Mencari jawapan yang senhingga kini ku masih belum jumpa.

Bersama teman-teman Kanta,Wan,dan Azmeer..kami melangkah ke alam Institut Pengajian Tinggi buat kali pertama.Baju baru,kopiah baru..macam-macam yang baru.Boleh dikatakan semuanya hampir baru.Tamat sudah sesi pendaftaran,sang ayah dan ibu mula beransur pulang dan bermulalah kehidupan aku di sini bersama sahabat-sahabat.Perjuangan untuk memburu gelaran “Al-Hafiz”.

Bermula dengan minggu haluan siswa,badan terasa macam nak mati.Macam duduk dalam kem tentera rasanya.Macam-macam yang disuruh oleh pegawai-pegawai HEP.Pamping 50 kali,itulah yang paling aku tak tahan duduk dalam tu.Aku ingat lagi arahan Ustaz Dasuki yang membunuhku itu.Ketika itu,tergerak pula hatiku untuk keluar DQ.Namun,ku teruskan jua kerana aku pasti akan ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.Minggu haluan siswa tamat,tiada banyak benda baru yang aku belajar daripada program ini.Suka betul hati aku bila program ni tamat,dapat juga berehat.Setelah penat kena seksa dengan HEP,siapa yang tak suka?..

Semuanya itu belum berakhir,kami terpaksa mengikuti satu program susulan yang dikendalikan oleh pimpinan PERKEMAT DQ di batang kali.Penat haluan siswa terpaksa juga aku bawa sekali ke sana.Rasa macam nak mati je duduk kat DQ time tu.Sabar je la…

“BODOH BETUL PROGRAM INI”..inilah ayat yang aku pendamkan dalam hati aku.Mahu sahaja aku luahkan kepada YDP PERKEMAT tu.Memang program ni betul-betul gila dan buatkan aku tak faham.MAFATIH MAHABBAH..kunci kasih sayang,nama program dah sedap tapi apa yang aku dapat maki hamun,hina,caci-maki,inikah yang dikatakan dengan kasih sayang?Betul-betul aku tak faham.Aku masih ingat lagi peristiwa pada malam kemuncak apabila kami melihat abang-abang fasi kami didenda di hadapan kami,kami hanya mampu menonton sahaja.Tiba-tiba keluar pula suara daripada coordinator dari belakang kami..”takkanlah korang nak tengok sahaja abg-abg fasi korang tu,tak kesian ke?pergilah tolong!”..lalu keluarlah beberapa orang daripada kami ke hadapan untuk memohon maaf atas kesalahan fasi-fasi kami.Tiba-tiba sahaja yang keluar tu dimarahi pula,ditengking dan diherdik oleh coordinator yang berada di hadapan.Lalu berundurlah balik mereka itu tadi.Apabila berundur,coordinator yang di belakang pula memarahi kami kerana membiarkan fasilitator kami.Dan,kami keluar semula kehadapan dan dimarahi oleh coordinator di hadapan dan berundur semula.Begitualh yang berlaku berulang-alik yang akhirnya menimbulkan tanda Tanya kepada diriku.Pelik betul pogram ni,aku betul-betul tak tahu apa yang sebenarnya yang ingin diuji.

Tiba-tiba,mantan YDP PERKEMAT turun ke kem batang kali dan mendenda semua barisan coordinator yang mendenda fasilitator-fasilitator kami tadi.Ini betul-betul pelik,mereka yang sebentar tadi mengherdik kami kini diherdik dan didenda pula oleh mantan YDP.Kami hanya mampu melihat mereka dimarahi ketika itu.Pamping,disimbah air…kami hanya mampu melihat kerana masih tidak memahami apa yang berlaku sebenarnya.Setelah sekian lama merenung kepada mereka yang didenda,tiba-tiba sahaja air mata kami menjadi begitu murah..jatuh ke muka bumi kerana terlalu sedih melihat abang-abang dan kakak-kakak coordinator didenda dan dilayan seperti binatang.Berserta air mata itulah,kami mengangkat dan menyelamatkan abang-abang dan kakak-kakak coordinator yang didenda daripada dilayan terus sebegitu.Walaupun mereka menghalang kami,kami terus menyelamatkan mereka dan terus memeluk mereka.Setelah itu,baru ku faham segala-galanya tentang program ini…ya,itulah kunci kasih sayang.

Apabila seorang saudara melihat saudaranya lain menghadapi musibah lalu membantunya bukan kerana sebab lain tetapi kerana sangat-sangat menyayanginya..itulah namanya ukhuwah walaupun definisi yang ku buat ini bukanlah kuambil daripada kamus dewan,tetapi ku cipta sendiri maksud ukhuwah itu sendiri melalui peristiwa malam itu.Itulah sebenarnya yang barisan coordinator ingin kami lakukan kepada abang fasi kami pada mula-mulanya tetapi tidak siapa yang mampu menterjemah arahan itu.Hanya mampu diterjemah setelah barisan coordinator itu sendiri didenda oleh mantan YDP.

Malam yang membawa sejuta satu makna buatku.Itulah ukhuwah,selama ini ku hanya sebut di hadapan sahabat-sahabat ketika memberi tazkirah di masjid tetapi aku sendiri tidak pernah merasai nikmatnya.Setelah 5 tahun,baru ku dapat menterjemah makna ukhuwah itu sendiri.Baru ku mengerti kenapa nama program itu MAFATIH MAHABBAH?..kerana program itulah kunci kasih sayang antara kami.Selama ini,kalau akau lihat rakan-rakan aku di sekolah yang menghadapi musibah,aku sendiri tidak mahu membantu.Kalau nak bantu pun,tengok kawan tu,rapat ke tak dengan aku.Itukah namanya ukhuwah?Tidak..sudah tentu tidak.Aku percaya bukan aku sahaja yang melakukan sebegitu tetapi ramai lagi.Itulah perkara pertama yang baru dalam kehidupanku yang aku belajar di DQ.Ukhuwah….

1 comments:

Post a Comment