Di Sini Ku Bertemu Cintaku

Ha..?cinta?..huhu,perempuan mana lak aku dah syok pulak ni?..hehe.Mesti korang semua terkejut bila baca tajuk post ni.Sejak bila pulak aku bercakap tentang cinta?

Sabar,sabar.....

Cinta,suatu perasaan yang sudah tentunya telah difitrahkan oleh Allah kepada setiap jiwa anak Adam.Tak kiralah lelaki atau perempuan mesti wujud juga perasaan ini.Namun,banyak pendapat yang kita boleh dengar hari ini daripada ramai pihak apabila ditanya tentang cinta.Antara jawapan mereka :

1-Cinta?uish...tak bolehtu,haram jiddan
2-tak kisah kalau kita nak bercinta tetapi mesti pandai-pandai jaga dirilah
3-Cinta ni buta tetapi terlalu indah
4- Dan banyak lagi.....

Persoalannya sekarang,cinta apa yang penulis ingin kongsikan pada post kali ini?

Sahabat-sahabiah yang dirahmatai Allah,
Pada post kali ini,penulis tak berniat untuk menghuraikan tentang hakikat cinta itu kerana ianya terlalu panjang untuk dihuraikan dan difahami.jadi pada kali ini,inginlah penulis berkongsi sedikit sebanyak perasaan cinta terhadap insan makhluk Allah yang telah singgah di lubuk hati penulis.Mesti ramai nak tahu kan perempuan mana yang penulis minat kan?betul tak?

sahabat-sahabiah yang dikasihi,
langkah ke bumi barakah Darul Quran sedikit sebanyak telah membuka pemikiran penulis tentang subjek yang bernama cinta dengan lebih luas.Banyak benda yang boleh dicintai di sini.Al-Quran,kawan-kawan,alam semulajadi seperti tasik dan gunung,pensyarah dan tak terlepas juga banat-banat yang terdapat di DQ.Tapi bukan cinta kepada banat-banat DQ yang penulis ingin ketengahkan tetapi cinta kepada sahabat-sahabat kita yang kurang upaya.

Untuk makluman,di sini juga disediakan pengajian untuk orang kurang upaya(OKU).Setiap hari,memang akan nampak kelibat insan-insan yang istimewa ini di merata tempat.Masjid,kafe dan sebagainya.Tetapi antara peristiwa yang betul-betul menggamit perasaan penulis ialah apabila melihat insan-insan istimewa berjalan dengan menggunakan tongkat masing-masing.

Sebab pertama ialah ketika mana penulis melihat mereka berjalan dengan mengharapkan tongkat semata-mata.Tiada orang pun yang diharapkan untuk membantu,memimpin mereka sepanjang perjalanan.Tetapi,alhamdulillah di DQ ini,masih ada juga insan-insan yang tiada sebarang kelemahan tubuh badan mahu untuk memimpin mereka untuk memastikan keselamatan mereka.Inilah yang membuktikan perasaan kasih-sayang dan cinta masih wujud dalam sesetengah insan terhadap orang kurang upaya.Dan peristiwa inilah yang sebenarnya telah menyedarkan diri penulis,kerana sebelum ini penulis hanya buat tidak tahu akan kehadiran insan instimewa ini di sekeliling penulis.Tak pernah rasa nak pimpin mereka masa jalan dan pelbagai lagi.Namun,segalanya berubah apabila penulis membayangkan diri penulis berada di tempat mereka.Memang betapa seksanya nak berjalan dalam keadaan buta.Alhamdulillah,pada suatu malam,penulis berjaya juga pimpin salah seorang dari mereka setelah selesai menunaikan solat.Bangga gila,tepuk tangan sikit untuk penulis!!!

Sebab kedua ialah walaupun mereka ini cacat,tetapi yang menakjubkan ialah setiap ayat Al-Quran yang dihafal mampu melekat dalam fikiran mereka.Dan yang lebih menakjubkan lagi bukan ayat sahaja yang mampu diingat tetapi nombor ayat pun mampu dikuasai.Aneh,orang yang buta pun boleh ingat tapi yang tak buta susah sangat nak ingat.Betullah kata orang,orang yang buta ni walaupun matanya gelap tetapi hatinya terang sebab Allah lindungi pandangan mereka daripada melihat maksiat yang berlaku atas muka bumi Allah ini.Sebab tu senang nak ingat.

Kesimpulannya,inilah cinta yang ingin dikongsikan bersama kerana jarang sekali kita bercerita tentang mereka yang istimewa ini.Lebih-lebih lagi nak cerita tentang perasaan cinta kepada mereka.Kalau cerita pasal cinta,mesti perempuan atau lelaki.Perempuan itu cantiklah,comellah.Kalau lelaki,tegaplah,kacaklah.Macam-macam lagilah.Akhir kalam,marilah sama-sama kita bermuhasabah semula sikap diri kita yang sering salah meletakkan perasaan cinta ini.

"Cinta itu bukan dengan mencari insan yang sempurna tetapi cinta itu dicari dengan mencuba untuk mencintai insan yang tidak sempurna,kerana hakikat manusia itu takkan sempurna"

1 comments:

Yui Kumi said...

salam..ana suke dgn luahn pnulis..enta/enti dah buke minda ana tentg cinta..jazakallahu khoiran.. =)

Post a Comment