Showing posts with label Tazkirah dan Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah dan Peringatan. Show all posts

Mendepani Mahasiswa Al-Fateh Abad 21

0 comments


Seorang tokoh hebat,Sultan Muhammad Al Fateh menjadi sebutan atau fenomena baru dalam kalangan remaja pada dekad ini.Saya masih ingat lagi pertama kali saya mendengar nama tokoh ini ialah pada tahun 2008 keika kawan saya membaca sebuah novel terbitan PTS publication.Dan pada saat ini,nama beliau masih kedengaran,tak lapuk walaupun kisah beliau sudah lama berakhir beberapa kurun yang lalu.
Saya percaya apa yang hebatnya tentang tokoh ini ialah kejayaan beliau dan para tenteranya dalam menakluki Kota Konstantinople.Kejayaan ini sebenarnya telah dijanjikan oleh Allah SWT melalui sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Kota Konstantinople akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera ketika itu”

Disebabkan oleh hadis ini,ramai para sahabat berlumba-lumba untuk menjadi sebaik-baik raja dan tentera seperti yang dimaksudkan dalam hadis tersebut.Lantaran itu,berlakulah beberapa siri percubaan untuk menembus kota konstantinople yang sangat kukuh lagi tebal itu.Kubu pertahanan yang sangat kuat yang dibina di sekeliling kota tersebut boleh dikatakan kubu yang paling kebal dalam dunia pada kurun tersebut.Boleh jadi barangsiapa yang tak meng’iman’i dengan hadis nabi tadi,pasti akan mengatakan bahawa usaha untuk menawan kota tersebut merupakan kerja gila.Tetapi lihatlah betapa teguhnya iman para sahabat yang sentiasa yakin dengan janji Allah.

11 siri percubaan telah dilakukan namun kesemuanya gagal,membuktikan usaha untuk menakluk kota ini bukan sesuatu yang mudah.Hal ini sangat memerlukan strategi dan penelitian yang mendalam serta kritis.Lalu muncul Sultan Muhammad Al-Fateh memecahkan kebuntuan umat Islam sedunia ketika itu.Kota Konstantinople akhirnya jatuh ke tangan beliau.Beliaulah yang nabi maksudkan dengan sebaik-baik raja.
Begitulah ringkasan cerita yang menggambarkan kehebatan beliau dan tenteranya dalam misi menakluk Kota Konstantinople.Untuk mendapatkan cerita yang lebih mendalam,bolehlah dapatkan novel atau mana-mana buku yang dijual di pasaran.

Bercakap mengenai buku,suka untuk saya mengupas sedikit tentang sebuah buku yang mengkaji rahsia-rahsia di sebalik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh iaitu buku yang berjudul Kuasa Kepimpinan Al-Fateh karya Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman.Dalam buku tersebut,pengarang telah mengemukakan 12 kuasa yang dimiliki oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan dipercayai menjadi sumber kekuatan beliau dan tenteranya.


Salah satu daripada 12 kuasa tersebut ialah kuasa pengorbanan.Jika kita menyusuri sejarah kehidupan seharian Al-Fateh,kita akan dapati banyak pengorbanan dari sudut tenaga,masa,harta bahkan nyawa yang telah ditonjolkan oleh beliau.Antaranya ialah masa tidur beliau.Menurut kajian sejarah,sepanjang malam beliau menghabiskan masanya dengan memikirkan strategi-strategi untuk menembusi tembok Konstantinople yang cukup tebal.Pengorbanan yang cukup hebat ini menyebabkan beliau sering kali tidak cukup tidur.Bukan itu sahaja,di sebelah malam juga,beliau tidak pernah tinggal ibadah Qiamullail.Bayangkan betapa sedikitnya masa yang beliau ambil untuk memejamkan matanya.

Alhamdulillah,sikap pengorbanan Al-Fateh pada hari ini telah menjadi ikutan oleh kebanyakan mahasiswa pada era ini.Maka tidak hairanlah kalau golongan mahasiswa-mahasiswi selalu mengantuk dalam kelas atau kuliah dengan alasan tidak cukup tidur.Pengorbanan waktu malam yang cukup hebat.Malangnya,walaupun terdapat persamaan antara pengorbanan mahasiswa pada hari ini dengan Al-Fateh,terdapat juga perbezaan yang sangat jelas dan ketara terhadap kedua-dua pengorbanan ini.

Mahasiswa pada masa kini gemar tidur lewat semata-mata untuk melakukan kerja yang KURANG berfaedah seperti melayan cerita-cerita,main permainan video,online dan sebagainya.Tambahan pula,ada yang sanggup menahan mata semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya.Berbeza dengan Al-Fateh yang menahan matanya untuk memikirkan bagaimana hendak menembusi Kota Konstantinople.Bagi golongan yang suka menonton filem atau drama korea seperti Boys Over Flower,mungkin mereka sibuk memikirkan bagaimana kesudahannya kisah percintaan antara Gu Jun Pyo dengan Jan Di.Bagi golongan yang suka main permainan seperti Dota pula,mungkin selalu memikirkan bagaimana nak memastikan Krobelus atau mana-mana hero yang mereka pilih berjaya membunuh hero pihak lawan.Inilah golongan yang digelar Al-Fateh abad 21.

Pandangan peribadi saya mengatakan tidak salah untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersebut tetapi berpada-padalah dan pastikan aktiviti tersebut dilakukan pada masa yang sesuai.Kalau tidak,nescaya akan menjejaskan pelbagai aspek dalam diri seorang mahasiswa.Saya pernah mempunyai rakan yang gemar melakukan tabiat ini,kesannya prestasi pelajarannya merosot pada semester kedua dan ketiga sedangkan pada semester yang pertama,pencapaiannya lebih baik daripada saya.

Suka juga untuk saya nasihatkan buat penggemar bola sepak di tengah malam buta,tak salah kalau nak tonton perlawanan tersebut tetapi jangan sampai Solat Subuh terlepas.Saya khuatir murka Allah menimpa kita kerana perkara yang wajib kita terlepas sedangkan perkara yang tak berapa penting mampu pula kita buat.Ramai yang mampu bangun di tengah malam untuk menonton bola sepak tetapi berapa ramai yang mampu bangkit untuk menitiskan air mata,beribadah kepada Allah walaupun hanya 2 rakaat Solat Tahajjud sahaja.Sebab itu,pakar motivasi ada menyatakan bahawa orang yang kuat bukanlah orang yang kuat dari sudut fizikal tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun di tengah malam untuk beribadah.

Konklusinya,sama-samalah kita bermuhasabah semula peranan kita sebagai mahasiswa-mahasiswi Islam yang menjadi harapan ummah untuk mengembalikan ketamadunan Islam yang pernah bersinar suatu ketika dahulu.Masyarakat di luar sana amat merindukan sentuhan tarbiyah daripada kita tetapi seandainya beginilah sikap kita,pasti mereka akan kecewa kepada kita.Jadikanlah tanggungjawab mahasiswa sebagai platform untuk menyumbang kepada Islam.Ramai mahasiswa pada hari ini hanya belajar semata-mata untuk memenuhi tuntutan kehidupan manusiawi.Lepas belajar,dapat ijazah,kerja kemudian kahwin sedangkan konsep belajar dalam Islam bukan begitu.Islam mendidik umatnya supaya belajar kerana Allah untuk membangunkan Islam.Ayuh bangkit sahabat-sahabat,kitalah peneraju ketamadunan Islam pada masa akan datang !

Kepimpinan Lembu : Satu Kajian

0 comments

Bermulanya saya berkecimpung dalam dunia penternakan lembu ialah pada  tahun 2011 iaitu semasa saya masih menuntut di bumi barakah Darul Quran.Apabila tiba waktu cuti,saya akan pulang ke kampung untuk membantu ayah saya dalam menguruskan lembu-lembu tersebut.Alhamdulillah,saya masih ingat lagi bagaimana ayah saya memulakan bidang ini.Ketika itu,ayah saya mulakan dengan bilangan sedikit sahaja iaitu dalam 7 atau 8 ekor sahaja dan dalam masa yang sama sebuah kandang pun tidak dibina lagi dan ayah saya tidak mempunyai nama lagi dalam bidang ini.Beberapa bulan kemudian,hasil bantuan rakan-rakan ayah saya serta dengan izin Allah S.W.T,hari ini ayah saya berjaya mengembangkan lagi bidang sampingannya ini.Bilangan lembu semakin bertambah dalam 50 ekor,dan sebuah kandang sudah dibina.

Pada mulanya,saya amat membenci untuk menjaga lembu-lembu ini.Masakan tidak,seorang mahasiswa yang selama ini hanya belajar di dalam kelas,tak pernah bergelumang dengan tahi lembu sudah tentu tidak biasa dengan situasi ini.Tambahan pula,seandainya lembu-lembu tersebut buat hal (marah),lagilah parah dibuatnya.Namun,Alhamdulillah setelah sekian lama membantu ayah saya di kandang,banyak perkara yang saya belajar tentang lembu seperti  jenis lembu,cara ikatan tali,cara menjinakkan lembu dan sebagainya.Bagi saya,amat bertuah untuk berkecimpung dalam bidang ini seawal usia yang muda.

Dan antara perkara yang saya belajar ialah bagaimana cara kita nak memindahkan lembu-lembu daripada ladang ke kandang.Untuk pengetahuan pembaca,lembu-lembu kami tidak diberi makan dedak tetapi diberi makan rumput-rumput yang terdapat di tanah terbiar sekitar kampung kami.Dan kebiasaannya,jarak antara tanah terbiar dengan kandang boleh dikatakan jauh.Ladang dijadikan tempat makan dan menambat lembu manakala kandang dijadikan tempat untuk menguruskan lembu seperti memberi rawatan,menukar tali,menjual dan sebagainya.

Bayangkan dalam sebuah tanah terbiar terdapat kesemua ekor lembu.Bagi orang yang tidak membiasakan diri dengan lembu sudah pasti akan melepaskan ikatan lembu daripada tambatan kemudian menariknya seekor demi seekor ke kandang.Tiada masalah pun sekiranya nak berbuat demikian tetapi ada cara yang lebih mudah lagi iaitu dengan melepaskan ikatan kesemua lembu daripada tambatan terlebih dahulu,kemudian kita cuma perlu menarik seekor sahaja ke kandang nescaya lembu-lembu lain akan mengikuti lembu yang ditarik tersebut.Sangat mudah.Usah risau, lembu-lembu yang dilepaskan tadi tidak akan lari daripada ladang tadi.Resmi lembu,mereka hidup berkawan.Mereka hidup dalam kelompok kumpulan.Mereka takkan hidup bersendirian.

Lama-kelamaan,saya terasa yang ada sesuatu Allah ilhamkan kepada saya untuk mengambil ibrah daripada kisah lembu tadi.Subhanallah,tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah,ayat 26,mafhumnya :

“…..Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu.Adapun orang-orang yang beriman,mereka tahu bahawa itu kebenaran daripada Tuhan.Tetapi mereka yang kafir berkata,’Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini ? ‘Dengan (perumpaan ) itu banyak orang yang dibiarkanNya sesat dan dengan itu banyak pula orang yang diberikan petunjuk.Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu selain orang-orang fasik…..”

Sudah terang lagi bersuluh Allah mengatakan bahawa Dia tidak segan untuk menjadikan nyamuk yang kecil itu sebagai perumpamaan,apatah lagi sebesar lembu.

Lembu-lembu akan mengikut mana-mana sahaja lembu yang ditarik ke kandang.Tak kisahlah lembu yang ditarik itu warna apa sekalipun,hitam atau putih sekalipun,lembu-lembu lain tetap akan mengikuti dari belakangnya juga.Begitu juga dengan jenis lembu,sama ada lembu tu lembu KK(Kedah-Kelantan) atau Bahman(saya tak pasti sama ada bahman atau brahman namanya),selagi mana lembu itu ditarik,yang lain tetap akan mengikutinya.Walaupun yang di belakang lembu itu,mungkin ada lembu-lembu yang lebih hebat,besar,atau cantik,mereka tetap mengikut dari belakang.Tidak akan cuba memintas lembu yang berada di hadapan.

Alangkah malunya manusia pada hari ini jika nak dibandingkan dengan lembu.Kegagalan dalam memahami konsep wala’ dalam kepimpinan menjadikan sesuatu organisasi atau persatuan pincang.Berapa ramai kita lihat pada hari ini,orang-orang yang selalu mengingkari arahan ketua mereka.Terlalu ramai.Bahkan ada juga yang melebihkan diri atau menunjuk pandainya daripada ketua sehinggakan membuat keputusan tanpa persetujuan ketua mereka.

Sahabat-sahabat sekalian,
Sehebat mana pun kita,kita kena faham bahawa apa-apa sekali pun kita perlu merujuk atau memberitahu segala perkara kepada ketua kita.Tidak kisahlah ketua kita tersebut macam mana rupanya,saiz badannya,kepintarannya,selagi mana dia seorang ketua,maka wajib kita memberi ketaatan kepada dia.Hal ini kerana ketaatan itu bukan kelebihan atau keistimewaan seorang pemimpin tetapi merupakan hak yang sepatutnya pemimpin itu dapat daripada ahli organisasi.

Hari ini saya lihat kita asyik berbicara mengenai pemimpin sahaja,ciri-ciri pemimpin berkesan,macam mana nak memimpin,hak dan tanggungjawab pemimpin,segalanya tentang pemimpin.Sehinggakan kalau pemimpin itu membuat sesuatu kesalahan,terus dikecam dan dicemuh seolah-olah tiada ruang kemaafan untuk golongan pemimpin ini.Lihat sahaja bahan-bahan bacaan pada hari ini,boleh dikatakan semuanya hanya menyentuh tentang pemimpin sahaja.Tetapi saya mahu bertanya,berapa banyak buku-buku yang menyentuh tentang tanggungjawab orang yang dipimpin kepada pemimpin.Berapa ramai antara kita hari ini yang berbicara tentang kesedaran terhadap tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang yang dipimpin kepada pemimpin mereka.Terlalu sedikit.Kita sering memandang kesalahan pemimpin tetapi jarang sekali memandang kesalahan pengikut.

Inilah antara penyumbang kepada kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan pada hari ini.Kegagalan dalam memahami konsep wala’,tanggungjawab,hak dan adab kepada pemimpin menjadikan pengikut merasakan mereka sahaja betul dan baik.Suci tanpa sebarang dosa pada mereka.

Kesimpulannya,saya mengharapkan sama-sama kita bermuhasabah kembali dalam diri kita.Sekiranya kita antara orang yang melupakan perkara ini,maka eloklah kita mengubah semula persepsi kita dalam dunia kepimpinan.Lembu yang tiada akal fikiran mampu membuatnya,mengapa manusia pada hari ini perlu mengikut kesombongan dan ego dalam diri dengan cara menafikan hak seorang pemimpin ? Kita ada akal tetapi tidak mahu menggunakannya.Allah berfirman dalam surah Al’A’raf pada ayat 179 mafhumnya :

“…Dan sungguh,akan kami isi neraka jahanam dari kalangan jin dan manusia.Mereka memiliki hati tetapi tidak mahu menggunakannya untuk memahami ( ayat-ayat Allah ) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah),dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (Ayat-ayat Allah).MEREKA SEPERTI HAIWAN TERNAK,BAHKAN MEREKA LEBIH SESAT LAGI.Mereka itulah orang – orang yang lengah….”

Benarlah firman Allah S.W.T bahawa golongan seperti ini lebih teruk daripada haiwan.Lihat sahaja dalam kes tadi,lembu mampu membuatnya tetapi kita tak mampu nak membuatnya.Sangat memalukan.Sekadar muhasabah,sekian…Wallahua’lam…..

Bawalah Maluku Terhadapmu Kepada Allah

3 comments

Dia seorang wanita,dialah serikandi,dia jua seorang pejuang.Kelibatnya dalam medan perjuangan dakwah sering menggentarkan jiwa-jiwa musuh Allah.Tak cukup sumbangannya,akhlak dan peribadinya cukup menenangkan jiwaku.Mana mungkin seorang lelaki yang berfitrah suci tidak tertarik dengan serikandi seperti itu.Berprinsip teguh,mempunyai daya tarbiyah yang kental,ilmu yang sangat tinggi,kefahaman agama yang mendalam.Ciri-ciri inilah yang sering didamba oleh seorang lelaki yang berhajat untuk beristeri seorang wanita solehah.Tidak normal lah hati lelaki itu seandainya ingin beristeri dengan wanita yang rosak akhlaknya.Usahkan peribadinya hancur,perjuangannya pun entah ke mana.

Tetapi bila melihat diriku sendiri,aku berasa sangat malu dengannya.Siapalah diriku ini untuk menambat hatinya ? Apa yang aku ada untuk menjadi setaraf di sisinya ? Perjuangan aku sendiri pun pudar.Akhlak aku,peribadi aku apatah lagi.Ilmu pun cetek.Bisakah aku menjadi suami untuknya?layakkah aku? mampukah aku? Entahlah,harapan yang sebentar tadi bergunung hancur menjadi debu.Yang terlintas sekarang ini di fikiran ku ialah cuma perasaan malu.Ya,aku malu padanya.




Namun,tidaklah mudah untuk aku berputus asa.Dengan malu itulah,aku akan terus meningkatkan darjat aku di sisiNya.Akan ku dalamkan ilmu aku,akan ku perbaiki akhlak peribadiku,akan ke terus berjuang walaupun dengan sebatang pena cuma mungkin.Semuanya aku lakukan kerana untuk meraih sebuah cinta.Cintamu wahai serikandi ? Oh,sudah tentulah tidak.Aku mencari cinta teragung,cinta zat yang melahirkan rasa cinta berputik dan bertapak di hati-hati manusia.Cinta Allah..ya,itulah yang aku cari.Biarlah malu aku terhadapmu itu membimbing aku kepada cinta Allah dan bukannya cintamu wahai serikandi.Kerana usaha aku akan menjadi sia-sia seandainya aku lakukan untuk meraih cintamu yang tidaklah begitu indah dan agung berbanding cintaNya.Kemudian,biarlah cinta aku kepadaNya itu membimbing engkau untuk mencintaiku...harapanku satu hari nanti...mudah-mudahan dimakbulkan...dan ketika itu,barulah bersemi cinta kita.

Luahan rijal......

Aduhai Blogger!

0 comments
"Sudah follow?"

"Jangan lupa untuk follow ye"

"Baca..pastu follow ye"

dan lain-lain lagi.

Selalu kan kita jumpa ayat-ayat macam ni bila kita kunjung ke sesuatu blog?Penulis pun tak pasti kenapa ada sesetangah blogger suka letakkan kata-kata tersebut.Mungkin ya ada kebaikan yang tertentu macam nak pastikan orang tu sentiasa dapat update daripada blog kita dan sebagainya.Tetapi secara peribadinya penulis rasa keburukan lebih jelas daripada kebaikan.

Nak Ramai Followers
Buat apa?nak menunjukkan blog kita paling bagus ke?ataupun nak glamourkan diri dengan bilangan follower yang ramai?Penulis sangat yakin kalau niat ini mesti muncul dalam diri seorang blogger.Mungkin tidak timbul masa mula-mula kita buat blog,tetapi boleh jadi timbul bila mana kita dah jadi seorang blogger dalam tempoh yang agak lama.Bila kita tengok blog orang lain ramai follower,kita mudah rasa dengki.Kita mesti nak bersaing kumpul ramai follower juga.Sebab apa penulis berkata sedemikian?Kerana penulis sendiri alami benda yang sama.Kawan-kawan,ketahuilah bahawa sebenarnya itu antara bisikan syaitan yang mahu memutuskan hubungan amal kita dengan Allah.Mula-mula kita menulis dengan niat yang ikhlas semata-mata keranaNya tapi lama-lama syaitan hasut kita dalam senyap supaya amal ibadah kita ini tidak diterima oleh Allah.Bukankah ikhlas itu salah satu syarat sah penerimaan sesuatu ibadah?

Menulis Kerana Allah
Maka dengan itu,beristighfarlah kepada blogger-blogger yang suka suruh orang follow blog masing-masing.Penulis sarankan supaya buang iklan-iklan yang bertujuan sedemikian.Beristighfar dan kembalilah menulis dengan niat yang baru agar amalan kita diterima oleh Allah.Kerana hakikatnya bukan bilangan follower yang akan dihisab di padang mahsyar tetapi amalan dan taqwa itu yang menjadi kayu pengukur.

Wallaua'lam..sama-sama bermuhasabah ^_^



Tukarkan Mulut Kepada Badan

0 comments


Mungkin apabila baca sahaja tajuk post ini,ramai yang akan berfikir tentang suatu makhluk yang digelar “Alien”.Betul tu,tak mustahil bagi sesiapa yang membaca tajuk post ini untuk berfikiran begitu.Atau mungkin juga macam-macam benda lain lagi yang akan difikirkan oleh anda semua.Yang pastinya,tajuk post ini telah menimbulkan tanda soal dalam otak masing-masing.

Kenapa pula ? Of course lah,sebab mana mungkin kita boleh bercakap dengan menggunakan badan sebaliknya kita hanya mampu menggunakan mulut.

Mulut,mulut ialah salah satu anggota yang kita gunakan untuk berkomunikasi,makan,bercakap,dan sebagainya.Alhamdulillah,dengan nikmat Allah yang satu ini sahaja,kita dah boleh buat macam-macam.Termasuk juga dengan menyampaikan dakwah,risalah nubuwwah,teguran dan sebagainya.Bagus,dengan cara-cara seperti memberi tazkirah,ceramah seperti inilah secara tak langsung bukan sahaja dapat membantu Islam itu tersebar tetapi hal ini sekaligus memanifestasikan rasa kesyukuran kita kepada Allah dengan menggunakan mulut sebaik-baiknya.


Dan melalui mulutlah,telah lahirnya ramai tokoh pidato yang bermacam-macam.Lihat sahajalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,ketua pembangkang yang cukup terkenal.Walaupun beliau kini dilanda dengan pelbagai isu,tetapi jangan kita lupa bahawa beliau juga merupakan seorang pemidato yang handal sejak bergelar mahasiswa lagi.Oleh kerana kehandalannya jugalah,pada hari ini beliau berdiri di pentas dunia untuk membuat satu reformasi dalam dunia politik tanah air.

Walaubagaimanapun,bukanlah tentang peribadi beliau yang ingin diceritakan di sini apatah lagi mahu berbicara mengenai parti politik.Tetapi kita seharusnya mengambil yang baik dan menjadikan yang buruk itu sebagai sempadan dan iktibar.Berkenaan isu liwat beliau,penulis tak mahu berkata apa-apa kerana tiada kaitannya.Tetapi yang penulis ingin tekankan di sini ialah pemidato mahasiswa.



Zaman mahasiswa-mahasiswi kini memperlihatkan kita bahawa gelombang pemuda-pemudi Negara bakal menggegarkan arena politik tanah air.Lihat sahajalah isu terbaru ini iaitu isu penurunan bendera Perdana Menteri Malaysia,Dato Seri Najib Tun Razak.Isu seperti ini sebenarnya telah menjadi tanda awas kepada pemimpin-pemimpin tanah air tentang kuasa mahasiswa.

Bermula pada zaman mahasiswa inilah,golongan pemuda dan pemudi mula mengembangkan kebolehan dan pengaruh masing-masing dalam pelbagai bidang yang masing-masing cenderung.Ada yang tersangkut dengan dunia politik,ada juga yang tersangkut dengan jemaad-jemaah Islam dan lain-lain lagi.

Lalu pelbagai programlah yang dianjurkan oleh mahasiswa tempatan untuk merealisasikan pemuda harapan.Ada program yang bermatlamatkan kepimpinan,ada juga program yang bermatlamatkan pembentukan pemuda dan remaja serta banyak lagi.Dalam program-program seperti inilah sudah tentu banyak sekali pembentangan,diskusi,pengucapan awam yang akan dilakukan bagi mencapai hasrat tersebut.Dan tidak keterlaluan juga seandainya penulis mengatakan ada sesetengah program turut mengadakan aktiviti jidal atau debat bagi melahirkan pemuda yang berfikiran kritis dan kreatif.


Alahai malangnya,hasrat yang diingini itu hanya tercapai dalam program sahaja.Tamat sahaja program,langsung tak nampak kesannya.Mungkin ya kesannya ada tetapi terlalu kecil hampir kepada tiada.

Apa yang dapat dilahirkan selepas sesuatu program kebiasaannya ialah pemuda retorik,pemuda hangat-hangat tahi ayam,pemuda sampah,pemuda hampeh,dan banyak lagilah gelaran yang diberikan.

Mengapa berkata demikian ? ya,kerana sudah jelas,pemuda-pemudi zaman kini hanya mampu bercakap sahaja tetapi kosong dalam arena pelaksanaan.Selalu kita dengar pidato,ceramah yang kuat disuarakan oleh golongan pemuda tetapi jarang kita lihat kandungannya dilaksanakan.Kita selalu dengar daripada mulut mahasiswa-mahasiswi bahawa Islam itu begini begitu dalam sesebuah majlis.Kita juga selalu dah dengar dari mulut-mulut kawan kita bahawa kita sebagai pemuda perlu begini begitu.Tetapi apabila tamat sahaja majlis tersebut,hilang terus.

Ku sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari.Inilah realiti mahasiswa-mahasiswi kini.Hanya pandai bercakap sahaja,sedihnya pelaksanaan tak mampu nak buat.Kita pandai bercakap tentang pengurusan itu pengurusan ini,tetapi pengutusan hidup kita pun kita abaikan.Kita pandai bercakap bahawa Islam itu Islam ini,tetapi kita tak buat pun.

Aduhai,celakanya diriku ini kerana apa yang penulis tulis ini ialah teguran dan kritikan kepada penulis sendiri sebenarnya.Mungkin pembaca blog ini fikir bahawa post ini untuk anda,tetapi hakikatnya tidak.Penulisan ini hanya untuk diri penulis sahaja.Tetapi,seandainya anda juga sama seperti penulis,maka ya ,post ini untuk anda juga.Sama-sama kita bermuhasabah.
Kerana dunia kini tak menuntut kata-kata sebaliknya menuntut tindakan.Zaman mahasiswa pandai bercakap sudah lapuk,kini dunia mencari mahasiswa yang handal dalam tindakannya.Berkata itu indah,tetapi lebih indah jika kita berkata dengan badan kita yakni lakukan apa yang kita kata.Nabi juga turut melakukan sedemikian.Inilah yang dikatakan kepimpinan melalui tauladan.


Tindak-tanduk Nabi Muhammad SAW lah yang sebenarnya telah membina pengaruh yang besar dalam hati masyarakat sekelilingnya.Bukan kata-katanya sebaliknya tndakannya.Dalam idiom English juga selalu kita dengar,”action speaks louder than apa entah,tak ingat..=D”

Mohon maaf seandainya terkasar bahasa dalam post kali ini.Hakikatnya,perlu juga kekasaran kadang-kala supaya kita tidak sentiasa berada dalam zon keselesaan.Ingatlah juga bahawa Allah akan sentiasa menguji kita dengan apa yang kita katakana.Oleh itu,berwaspadalah dengan kata-kata anda.Teguran,nasihat dan peringatan serta muhasabah buat diri penulis dan kawan-kawan.

Tahukah Anda tentang Senjata Umat Islam yang dinamakan Pedang Malam?

0 comments

Alkisah terdapat sebuah kerajaan pada suatu ketika dahulu yang telah diperintah oleh seorang gabenor yang sangat alim dan warak.Kebajikan dan kemajuan negara tersebut terus dijaga dan dijamin bagi memastikan kesinambungan Islam di negara tersebut.

Namun,sememangnya manusia itu mudah lupa dan mudah kufur terhadap nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.Bertepatanlah dengan ayat Al-Quran yang selalu kita baca mafhumnya:

"Sedikit sahaja kamu bersyukur"

Oleh kerana lalai dengan nikmat kuasa memerintah yang telah dikurniakan oleh Allah SWT,maka gabenor tersebut mula mengabaikan kebajikan rakyat hatta kedudukan Islam di negara tersebut.Pesta arak dan seks bukan sahaja semakin berleluasa malah dianjurkan lagi pula.


Nak dijadikan cerita,pada suatu malam gabenor tersebut telah mengadakan pesta arak dan seks di pusat pentadbiran kerajaan itu.Acara maksiat itu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh kakitangan dan pegawai di situ.Maka berlakulah apa yang tidak patut berlaku di situ.

Dalam masa yang sama,terdapat seorang ulama dan 2 orang anak muridnya sedang beruzlah dalam sebuah gua akibat tidak tertahan melihat maksiat yang berleluasa di negara tersebut.Tiba-tiba sahaja ulama itu berkata


"wahai anak muridku,sesungguhnya aku tidak sanggup hal ini berlarutan.Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita untuk menghentikan maksiat ini."

Maka bergeraklah mereka bertiga menuju ke pusat pentadbiran gabenor tersebut.Setibanya mereka bertiga di sana,ulama tersebut berkata kepada pengawal yang bertugas di situ,

"Wahai pengawal,tolong sampaikan pesanan kepada gabenor mengatakan bahawa aku menyuruhnya supaya menghentikan semua ini dan bertaubat dengan segera"

Pengawal tersebut berlalu dan menyampaikan pesanan tersebut kepada gabenor.

"Tuan gabenor,ada seorang ulama mengarahkan tuan supaya menghentikan majlis ini"

"Ah!kau cakap kepada dia lebih baik dia berambus dari sini!kalau tak,kau pancung sahaja kepala mereka bertiga!"

Pengawal tersebut kembali kepada ulama dan menyatakan arahan daripada gabenor tersebut.Kemudian,ulama kali ini menegaskan arahannya,

"Sekiranya dia tidak menghentikan majlis ini,beritahu dia bahawa kami akan membunuhnya dengan PEDANG MALAM"

Pengawal tersebut terkial-kial menuju ke gabenor sambil memikirkan apa itu pedang malam.

"Tuan,mereka kata kalau tuan tak mahu hentikan,mereka akan membunuh tuan"

"Dengan apa mereka nak bunuh aku?mereka ada bawa senapang ke?bazooka?..takutnya..haha!"


"Entahlah tapi mereka kata mereka akan menggunakan PEDANG MALAM,mahukah tuan agar aku membunuh mereka dengan pedangku ini?"

Gabenor tersebut terkejut lalu tersemburlah arak yang baru sahaja di teguknya seraya berkata:

"Kepala kau!Sudah!!!Hentikan semua ini,aku sudah banyak buat dosa.Aku mahu bertaubat.Tidakkah engkau tahu bahawa PEDANG MALAM itu ialah.....

....BERDOA PADA TENGAH MALAM DENGAN KESUNGGUHAN YANG TINGGI
SEHINGGAKAN TANGAN MEREKA YANG BERDOA ITU TERANGKAT TINGGI KE ARAH LANGIT MENANDAKAN MEREKA MENGHARAPKAN SANGAT PERTOLONGAN ALLAH.KETIKA ITU,TIADA YANG MUSTAHIL BAGI DOA SESEORANG UNTUK DIMAKBULKAN DENGAN IZINNYA...

p/s :pentingnya amalan qiamullail dalam kehidupan seharian kita sebgai seorang hamba yang sememangnya hanya perlu mengharapkan Allah sebagai tempat pergantungan kita..Wallahua'lam..peringatan buat penulis juga.

Bedah Buku Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz

0 comments


Seorang tokoh ulama yang penulis rasa tentu popular dalam kalangan masyarakat.Usahkan di Kelantan sahaja tetapi satu Malaysia mengenalinya.Ketokohan dan qudwah yang dibawakan oleh pemimpin ini akhirnya melonjakkan diri beliau sebagai Mursyidul Am PAS sekali gus sebagai Menteri Besar Kelantan.

Oleh kerana ketokohan dan qudwah yang dibawakan oleh beliau jugalah membuatkan diri penulis ingin mengetahui bagaimana corak pemikiran yang dibawakan oleh beliau dalam kepimpinan yang diterajuinya.Lalu,buku ini penulis jumpai dan membelinya untuk dijadikan sebagai rujukan untuk diri sendiri serta buat sahabat-sahabat sekalian.

Konklusi yang penulis dapat daripada buku ini ialah pemikiran seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz lah yang perlu ada sebagai basic dalam diri seseorang pemimpin,pendakwah secara khususnya dan kepada semua orang umumnya.

Mengaitkan semua perkara dengan dosa dan pahala
TGNA merupakan seorang tokoh yang sentiasa mengaitkan segala tindakannya dengan dosa dan pahala.Kerana dosa dan pahala lah yang menjadi timbangan di akhirat kelak sama ada yang dosa berat atau pahala yang berat.TGNA nak menunjukkan bahawa semua amalan kita 24 jam berkait rapat hubungan dengan Allah.Tidak terkecuali satu pun.Dan bila mana kita mengaitkan tindak tanduk kita dengan dosa dan pahala,hal ini secara tidak langsung akan mendorong kita sentiasa ingat kepadaNya.Tambahan pula,segala kesilapan dan kekhilafan mampu diminimumkan apabila kita menitik beratkan soal dosa dan pahala.

Memahami uruf dan waqie.
Apa itu uruf?apa itu waqie?Uruf ialah suatu keadaan seseorang atau sekumpulan masyarakat tertentu manakala waqie pula ialah suasana dan keadaan sesuatu tempat tersebut.TGNA sangat memahami uruf dan waqie Kelantan dan rakyatnya yang suka berhibur.Contohnya,rakyat Kelantan sangat suka akan dikir barat.Malangnya,dikir barat yang selalu dipersembahkan kepada rakyat Kelantan kebanyakannya mempunyai unsur cinta yang berlebih-lebihan.Sebagai pemimpin yang berpegang kepada Islam,TGNA perlu menangani masalah ini.Mungkin sesetengah pemimpin akan mengharamkan terus dikir barat ni tetapi tidak bagi TGNA.Sebaliknya,TGNA mentaadib dan mentarbiyah rakyatnya dengan menggunakan medium yang sama tetapi berlainan unsur iaitu dikir barat dengan versi memuji Allah.TGNA tahu beliau tak mampu nak haramkan dikir barat kerana uruf rakyat Kelantan yang memang sudah sebati dengan dikir barat.Begitulah juga buat para pendakwah yang sentiasa menjunjung risalah dakwah,kita hendaklah memahami uruf mad'u( orang yang didakwah) kita serta waqie tempatnya.

Membangunkan rohani dan fizikal Kelantan
TGNA menekankan bahawa dalam pentadbirannya,beliau akan mengutamakan soal tamadun dan rohani rakyat terlebih dahulu,bukannya pembangunan dan jalan raya semua itu.Hal ini kerana perkara yang pertama Rasulullah SAW buat ialah mentarbiyah jiwa dan rohani para sahabat.Baginda tidak memulakan Islam dengan pembinaan struktur dan sektor dalam negara.Hakikatnya,kemajuan Islam dalam sejarah tercatat ketika era selepas kewafatan Rasulullah.Misalnya,lahir kerajaan Islam iaitu Umayyah,Abasiyah dan Uthmaniah yang membangunkan pelbagai bidang dalam kerajaan seperti pertanian moden,astronomi dan sebagainya.Tanpa mengenepikan terus pembangunan negara,TGNA juga menyelitkan segala usaha pembangunan negeri dengan unsur rohani.Misalnya,pada suatu ketika dahulu,TGNA berjaya menarik dan memberi semangat kepada para petani untuk terus gigih dalam bidang pertanian apabila beliau memperkenalkan slogan "BERTANI SATU IBADAH".Jarang kita nak dengar orang buat slogan seperti ini.Slogan seperti inilah sebenarnya menyedarkan kepada masyarakat bahawa konsep ibadah itu bukanlah hanya solat,puasa,zakat, dan haji tetapi konsep ibadah itu luas termasuklah pertanian.

Luqmanul Hakim : Titik Tolak Ke arah Pemuda Harapan

0 comments






"....Peribadimu Luqmanul Hakim,cermin suluh peribadi mukmin,kerana kepintaran dan kecerdikan kau disegani.."





Apabila terlintas sahaja lirik ini di fikiran,serta merta mengingatkan kembali kepada post yang lepas yang mana telah mengkritik sikap pemuda-pemudi Islam pada hari ini.Mungkin menjadi tanda tanya kepada para pembaca apa kaitannya kisah Luqmanul Hakim ni dengan pemuda?Jawapannya ada pada lirik di atas.




"....cermin suluh peribadi MUKMIN.."



Ya,inilah yang cuba penulis tekankan.Hasrat untuk menjadi seorang pemuda atau pemudi yang berguna bukanlah satu perkara yang mudah.Bahkan hal ini memerlukan suatu arus transformasi yang diperlukan untuk mengubah seluruh aspek dalam tindak tanduk diri kita sama ada aspek ibadah,akhlak dan lain-lain lagi.Ini sesuai dengan tuntutan Sambutan Maal Hijrah yang penulis rasa baru sahaja berlalu beberapa minggu lepas yang mana sambutan ini bukan sahaja mengajak kita memperingati sejarah hijrah Nabi SAW dan kaum Muhajirin tetapi turut juga menyeru kepada Muslimin dan Muslimat melakukan perubahan dalam kehidupan.


Begitulah juga perihalnya dengan pemuda-pemudi masa kini.Oleh itu,satu karakter yang penulis bawakan pada post kali ini yang mana penulis rasa boleh dijadikan contoh kepada kita untuk merealisasikan kuasa pemuda yang bakal menerajui perubahan pada masa akan datang.Kenapa Luqmanul Hakim?Kerana penulis rasa dia bukan seorang pemuda yang biasa.Masakan tidak,walaupun bukan seorang Rasul tetapi Allah mencatat kisahnya di dalam Al-Quran Al-Karim.Nak menunjukkan sudah pasti pemuda ini bukan calang-calang pemuda.Jadi mungkin sedikit perkongsian di bawah ini mampu membimbing kita untuk meneladani pemuda yang bernama Luqmanul Hakim ini.




NILAI murni seperti berbudi pekerti mulia sepatutnya menjadi amalan hidup masyarakat Islam. Tiada rugi jika seseorang itu berpekerti mulia.Ini bukan saja akan dipandang mulia, malah orang ramai akan menyukainya.




Dalam nada yang sama, Luqman Al-Hakim ada memberikan nasihat, katanya; “Hai anakku! Aku akan mewasiatkanmu dengan beberapa budi pekerti yang sekiranya engkau berpegang padanya, nescaya engkau akan sentiasa menjadi tuan.

“Tunjukkanlah akhlakmu yang baik kepada saudaramu, sekalipun orang jauh.

“Kawallah kejahilan dirimu daripada orang yang mulia mahupun keji.

“Jagalah sahabat-handaimu dan hubungkanlah silaturahim dengan mereka serta jauhkan mereka daripada menerima perkataan buruk atau mendengar kata-kata zalim yang bertujuan membinasakan dan mengkhianati dirimu.

“Dan hendaklah, sahabat-handaimu itu dari kalangan orang yang apabila engkau berpisah dengan mereka dan mereka berpisah denganmu, maka engkau tidak akan memalukan mereka dan mereka pula tidak akan memalukanmu.”

Katanya lagi; “Dan jauhilah engkau daripada bercakap bohong dan berakhlak buruk. Hal itu kerana barang siapa berbohong, lenyaplah air mukanya. Daripada buruk akhlaknya banyak dukacitanya.

“Mengangkat batu-batan dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan apa yang tidak difahami.”

Umat Islam juga hendaklah menjauhi sifat terkeji seperti kata Luqman “Sifat kedekut, buruk akhlak dan banyak meminta keperluan daripada manusia ada sebahagian daripada tanda orang bodoh.”

Apakah ujian Allah pada hamba-Nya yang salih? Ketika ditanya soalan itu, Luqman berkata; “Hai anakku! Sesungguhnya emas itu diuji dengan api. Sementara hamba yang salih diuji dengan bala bencana.

“Jika Allah menyukai sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka dengan bala bencana.

“Oleh demikian, sesiapa yang diredai-Nya, maka dia akan mendapat keredaan-Nya dan sesiapa pula yang dimurkai-Nya, maka dia akan mendapat kemurkaan-Nya.”

Bercakap mengenai kematian pula, Luqman berkata kepada anaknya: “Hai anakku! Ada satu perkara yang engkau tidak ketahui bilakah ia akan datang menemuimu. Maka, bersedialah untuk menghadapinya sebelum ia datang mengejutkanmu.”

Jelas, kematian itu pasti, tetapi ketibaannya tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah. Kta hendaklah menyiapkan diri dengan amal ibadat sebagai bekalan di akhirat ini.

Katanya lagi; “Hai anakku! Sekiranya engkau masih lagi ragu-ragu terhadap kematian, maka janganlah engkau tidur. Seperti engkau tidur, maka begitu juga engkau akan mati.

“Dan sekiranya engkau masih lagi ragu terhadap hari kebangkitan, maka janganlah engkau bangun (daripada tidurmu). Seperti engkau bangun daripada tidurmu, maka begitulah juga engkau akan dibangkitkan selepas kematianmu.”

Luqman juga memberikan nasihat berguna ketika menghadapi makanan, katanya; “Hai anakku! Apabila perutmu penuh kekenyangan, maka fikiranmu akan tertidur, kebijaksanaanmu menjadi bisu dan anggota tubuhmu menjadi tidak berdaya untuk melakukan ibadat.”













Seksualiti Merdeka:Islam Moor atau Ghuraba?..anda pilih

0 comments
Hangat bila timbul isu ini di negara kita Malaysia.Seolah-olah tuntutan ini telah mencabar kewibawaan kedaulatan negara Malaysia sekali gus mencabar ketinggian Islam itu sendiri.Bukan Islam sahaja,bahkan apabila dibuat kajian kepada pengganut lain , semuanya tak setuju dan berani mengatakan ini adalah fitrah songsang.Baik hindu mahupun buddha,semuanya menentang seksualiti merdeka ini.

Berslogankan "Queer without Fear",golongan yang memperjuangkan seksualiti merdeka ini dengan tiada perasaan malunya bangkit lantas memecahkan tembok pemikiran rakyat Malaysia yang memang sudah di'set'kan bahawa perkara ini adalah songsang.Tahniah juga penulis ucapkan kepada golongan ini kerana merekalah.."PERJUANG HAK ASASI MANUSIA YANG PERTAMA WUJUD DI MALAYSIA"....tak tahulah kalau sebelum ini ada lagi yang memperjuangkannya.Eh,tapi jangan salah faham pulak,tu perli bukan puji ye...hehe.

Sahabat-sahabat yang penulis kasihi sekalian,
Ramai tertanya -tanya mengapakah hal ini berlaku?apa faktornya?apa puncanya?Sebenarnya banyak je puncanya yang boleh dikeluarkan.Salah satunya ialah kefahaman golongan ini sendiri.



Kerana fahaman atau pemikiran orang-orang yang mendokong seksualiti merdeka ini telah songsang atau menyimpang jauh.Menjadi suatu perkara yang mengejutkan juga apabila ada segelintir penganut agama Islam sendiri yang menyokong hal ini.Ini kerana segelintir umat inilah yang kurang memahami ajaran Al-Quran dan menyimpang jauh daripada ajarannya.Sedangkan Al- Quran itu :

"Petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman"-Surah An-Naml,ayat 2

"Petunjuk dan rahmat gai orang-orang yang berbuat kebaikan"-Surah Luqman,ayat 3

Sahabat-sahabat,
Apabila berlakunya hal ini,ramai pihak yang bersuara,cakap itulah..cakap inilah....kutuk2 golongan ini dan sebagainya.memanglah diorang tu salah tetapi kita sendiri kena fahamkan golongan ini sebab mereka berasakan mereka tu betul.Jadi,sebenarnya tindakan yang kita patut buat ialah memahamkan mereka semula supaya mereka kembali ke fitrah yang sebenar,bukan pandai salah-menyalahkan sahaja.

Bila ditanya berapa ramai pihak yang bersuara sudah tentu jawapannya ramai.tetapi bila ditanya berapa pihak yang cuba memahamkan golongan ini..jawapannya?...ya,sedikit sahaja.Dan mungkin tak ada langsung.Jadi,peranan memahamkan golongan ini sebenarnya jatuh kepada kita yang faham ni,

Bukan dalam isu ini sahaja,malah semua isu yang melibatkan kemuliaan darjat Islam itu sendiri.Anda pilihlah sama ada anda nak jadi Islam Moor atau Ghuraba dalam masyarakat pada hari ini.Kalau nak jadi ghuraba,maka lakukan perubahan dalam kalangan masyarakat sedia ada yang pada hari ini sangat janggal bila dengar perkataan Islam.Seolah-olah Islam itu benda yang pelik,alien.Inilah yang dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa Islam pada akhir zaman akan jadi asing,maka beruntunglah orang yang asing(ghuraba).

Pastinya ramai yang tertanya-tanya Islam Moor tu apa pula?Moor sebenarnya suatu gelaran yang pernah diberikan oleh Sepanyol kepada umat Islam Filipina yang membawa maksud,'buta huruf,jahat,tidak bertuhan'.dan ada yang paling teruk ialah 'huramentados yang bermaksud tukang bunuh.Kenapa gelaran buruk ini diberikan kepada orang Islam?kerana orang Islam sendiri yang telah menjadikan imej mereka buruk pada pandangan orang bukan Islam.Cuba kita kiaskan:

buta huruf : ilmu cetek,malas menuntut ilmu
jahat : jenayah kat Malaysia ni,muslim no 1(beza ya Islam dengan muslim)
Tidak bertuhan : disebabkan rasa tak bertuhanlah,Umat Islam hari ini berani buat jahat.


jadi,anda pilihlah nak jadi yang mana satu...Islam Moor atau Ghuraba...

Dalam Mihrab Cinta Vs. Ketika Cinta Bertasbih

1 comments
DMC dan KCB,penulis rasa filem indonesia ni sangat famous dalam kalangan remaja pada hari ini.Baik golongan lelaki mahupun wanita.Masing -masing ada sebab tersendiri kenapa nak suka filem ni.Mungkin ada yang kata romantiklah,sweetlah dan apa-apa jelah.Tak kisahlah.Cumanya ramai orang yang menonton filem ni hanya nampak soal cinta sahaja sedangkan terdapat ibrah yang lebih besar sebenarnya dalam kedua-dua novel ini.

Diri penulis ni bukanlah minat sangat nak tengok movie ni lebih2 lagi pasal cinta ni,tapi entah macam mana ada sekali tu penulis rasa bosan sangat,saje jelah try2 tengok KCB 1 ni,lama-lama rasa best pulak tengok.Tapi yang geram tu bersambung pulak dengan KCB 2,nasib baik masuk dq ni ada member2 simpan cerita ni,apa lagi copy lah.DMC pula,penulis tengok sebab time tu kawan2 pinjam laptop nak tengok cerita tu,joinlah sekali...hehe...

Pada post kali ini,penulis nak share sikit apa yang ibrah ramai orang tak nampak.





KCB-mesti ada sesetengah antara kita begitu teruja dengan barisan pelakon yang handal dalam filem ini.Tapi sebenarnya ada sesuatu yang patut kita lagi kagum dan teruja sebenarnya iaitu kuasa Allah S.W.T.Penulis tertarik dengan jalan cerita ini,bila mana melihatkan hero dalam filem ni.."MAS AZAM" menempuh pelbagai dugaan dalam mencari pasangan hidupnya.Berusaha mencari pasangan hidupnya selepas seorang demi seorang tak jadi berkahwin dengannya.Ada yang dihalang sebab tak mengikut adatlah,kehendak keluargalah dan sebagainya.Kita dapat lihat bagaimana hebatnya pergantungan yang diletakkan oleh MAS AZAM kepada Allah S.W.T untuk memilih pasangan yang terbaik buatnya.Akhirnya,Allah telah menemukan jodohnya dengan ANNA tanpa diduga.Inilah sepatutnya yang kita amalkan dalam hidup kita bukan setakat nak pilih pasangan je tatapi dalam seluruh aspek kehidupan sekali pun kita kena bergantung dan memohon pertolongan Allah.Yakin dan percaya Allahlah yang berkuasa ke atas segalanya.Mohonlah pertolongannya dan yakin dan terus memohon,InsyaAllah pasti tercapai hasrat yang diinginkan.



Berbeza pula ibrah yanh dibawa melalui filem DMC ini,seorang lelaki yang pada mulanya baik tetapi berubah menjadi seorang penyamun demi untuk meneruskan kehidupan.Namun,setelah sekian lama berkecimpung dalam karier penyamunnya..haha..kelakar pulak ayat ni,akhirnya telah timbul kesedaran dalam hatinya untuk berubah menjadi seorang yang baik semula.Alhamdulillah,Allah bantu niatnya menjadi realiti.Apa yang penulis ingin bawakan di sini ialah supaya kita sedar kembali peranan kita.Bayangkan orang yang memang dicop oleh ramai orang sebagai penjahat pun mampu untuk melakukan perubahan,mengapa tidak kita?Ramai orang selalu cakap macam ni.."alah,aku ni teruk,tak layak nak jadi imam kau jelah pergi"..ataupun..."siapalah aku nak buat baik,aku pun teruk".Tapi kalau semua orang berfikiran begini,sampai bila nak duduk tanpa melakukan perubahan?sampai mati?.Kena ingat,"Allah takkan mengubah nasib kaum selagi mana kaum tu tak mengubah nasib sendiri".Pokoknya,sama-samalah melakukan perubahan dan jangan merendah diri sangat,itu sebenarnya hasutan dan godaan syaitan yang sentiasa ingin melemahkan kita.

Wallahua'lam..semoga post ini membawa manfaat......

Masalah Efek Quran?

0 comments

Masalah Efek Quran?

Menjadi suatu perkara biasa buat huffaz,para hamalatul quran dalam menempuh hari-hari yang dilalui di kampus atau maahad tahfiz masing-masing.Masalah?...apabila ditanyakan kepada semua orang,pasti semuanya mempunyai masalah Cuma berlainan masalah mengikut ujian yang ditetapkan oleh Allah S.W.T

Ada manusia yang diuji dengan harta,ada juga yang diuji dengan nafsu dan sebagainya.Namun,pada post kali ini bukanlah penulis ingin menceritakan tentang masalah mahupun nak memberikan cadangan macam mana untuk mengatasi masalah.Tetapi pada post kali ini sebenarnya penulis ingin mengajak sahabat-sahabat huffaz sekalian untuk muhasabah semula tentang pegangan dan pendirian kita kepada Al-Quran.

Main Questionnya..setinggi mana kita tempatkan quran dalam kehidupan kita?

Kenapa soalan ini yang menjadi main question?

Jawapannya kerana soalan inilah merupakan kata kunci untuk kita membebaskan diri kita daripada pelbagai ujian atau masalah yang kita hadapi.Kebanyakannya,apabila tiba sesuatu masalah menimpa buat diri seorang hamalatul quran,ramai dalam golongan ini menjadikan masalah yang menimpa mereka sebagai alasan kepada prestasi Al Quran mereka yang merudum atau merosot.Sebagai contoh,apabila ada masalah,kita tak mampu nak cari modal(menghafal) dan menghantarnya semasa waktu kelas tasmi’.Apabila ada masalah,prestasi iadah merosot,dengan alasan tak boleh fokus sewaktu iadah.Dan banyak lagi contoh-contoh yang penulis rasa sahabat-sahabat huffaz sudah maklum.

Timbul persoalan,manakah ayat-ayat suci Al-Quran yang kita hafal?Adakah kita menghafal semata-mata ingin berlumba-lumba siapa cepat habis muqarar?Atau untuk mengejar masyi?Ataupun untuk target 4 flat dalam exam?

Sahabat-sahabat yang penulis kasihi,tidak sepatutnyalah kita menjadikan masalah yang kita hadapi seharian sebagai punca kepada merudumnya prestasi Al-Quran kerana Al-Quran itu sendiri hakikatnya Allah turunkan sebagai cara penyelesaian kepada semua masalah yang ada di muka bumi ini serta menjadi kekuatan kepada kita sebenarnya untuk menempuh liku-liku hidup.Bukanlah post ini dibentangkan untuk mengkritik sahabat-sahabat sahaja tetapi untuk mengkritik diri penulis yang menghadapi situasi yang sama.Penulis mendapat ilham untuk menulis post ini setelah penulis mendengar sendiri nasihat atau kata-kata akhir sahabat fast track penulis,Ahmad Ibrahim :

“Sepatutnya,apabila kita ada Al-Quran,kita menjadi lebih kuat.Kita seharusnya bangga dan berasa mulia apabila kita ada AL-Quran.Dan kita sepatutnya menjadi lebih daripada orang lain..kerana kita ada AL-QURAN”

Lebih kuranglah ayatnya macam tu,maaf sebab penulis ni bukanlah dhabit orangya.Melalui ayat inilah,penulis sedar selama ini penulis dan beberapa para sahabat hanya meletakkan Al-Quran sekadar untuk akademik,kebanggaan..tidak lebih dari itu.Kita gagal meletakkan Al-Quran sebagai sumber tarbiyah kepada diri kita,gagal menjadikan Al-Quran sebagai pedoman kita.

Betul,untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber kekuatan dan tarbiyah bukanlah suatu perkara yang mudah.Tetapi kita mesti faham dan ada usaha untuk melakukan demikian.Wallahua’lam..ayuh para huffaz..lakukan perubahan.

Kenapa Manusia Yang Ku harapkan?

1 comments

Manusia,makhluk yang sudah tentunya mempunyai pelbagai kelemahan.Namun,makhluk yang lemah inilah yang kebiasaanya kita mengharap kepadanya.Tak kiralah dalam apa aspek sekali pun.Sebagai contoh,nak rasa dicintai,kita mesti nak rasa manusia yang mencintai kita.Kita pula mesti nak mencintai manusia.Sebagai contoh lain,dari aspek bantuan atau peertolongan,sikit-sikit mesti kita minta tolong manusia.Senang cerita macam inilah,dalam apa perkara pun,subjek yang pertama yang hadir dalam diri kita dalam bab-bab seperti ini mesti manusia.


Namun,sangatlah mengecewakan apabila harapan dan pergantungan yang kita letakkan kepada manusia dikhianati.Sebagai contoh,dalam kes percintaan yang semakin rancak dalam kalangan remaja,tengah syok-syok bercinta tiba-tiba salah seorang daripada mereka buat hal,lepas tu putus.Then,frust menonggeng tak tentu pasal.


Contoh kedua,kita ada masalah.Kita rasa nak sangat luahkan masalah kita kepada dia.Dan mengharapkan sangat-sangat bahawa dia akan tolong kita.Sebab apa?sebab kita sangkakan dialah kawan yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kita,sanggup untuk temankan kita di waktu duka dan suka kononnya.Tetapi bila tiba masa nak minta tolong dia,senyap terus.Seakan-akan,ukhuwah yang terbina melalui persahabatan mereka hanyalah palsu dan retorik belaka.


Sahabat-sahabiyah yang penulis sayangi sekalian,sebenarnya kita kena akui sikap kekurangan manusia kerana Allah sendiri menyatakan bahawa kita ini diciptakan untuk saling melengkapi.Makna kata,tiada seorang pun antara kita yang perfect.Lalu,kepada siapa ingin kita bercinta?kepada siapa juga kita ingin memohon pertolongan?Jawapannya tidak lain tidak bukan,Allah yang maha satu.


Hal ini kerana Dialah segala-galanya dalam kehidupan kita.Dialah yang mentadbir segala urusan kita.Dia yang melahirkan rasa cinta dalam diri manusia.Dia yang menciptakan cinta itu sendiri.Dia kenal kita zahir dan batin kerana kita diciptakan olehNya,mana mungkin dia tidak kenal apa yang diciptaNya.


Hakikat inilah yang jarang kita ketahui.Apabila kita ditimpa musibah ,ujian atau sebagainya,kita terlalu mudah untuk mengharapkan pertolongan manusia sedangkan yang menciptakan segala ujian kepada kita ialah Allah S.W.T.Lalu,kenapa kita tidak mengharapkanNya sedangkan dia pasti ada jalan bagaimana nak settlekan masalah kita.He creates obstacles for us so of course he knows how to solve our problems.


Semoga peringatan ini dapat dijadikan iktibar bersama..


Cemerlang Dengan Meninggalkan Wahan & Menjadi Ghuraba

0 comments
Ya. Islam akan bersinar semula di muka bumi walaupun cuba dihalangi oleh musuh-musuhnya. Allah berfirman di dalam surah As-Saff ayat 8, “Mereka hendak memadam cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agamaNya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” Tidak dapat dinafikan secara umumnya kualiti umat Islam berada di tahap yang amat rendah pada hari ini. Di antara sebabnya ialah wabak wahan yang sedang menyerang umat Islam sejagat. Wabak ini menyerang hati orang-orang Islam, melemah dan merosakkannya sehingga akhirnya mereka kehilangan taring dan kehebatan.


Secara dasarnya, mereka yang cintakan dunia akan menjadi hambanya. Mereka yang menjadi hambanya akan melupakan tugas-tugas pengabdian kepada Allah. Mereka yang melupakan Allah terpaksa melupakan rahmat dan nikmatNya. Mereka yang seperti ini akan diporak-perandakan oleh musuh-musuh mereka dengan mudah sekali. Berhubung dengan ini Nabi bersabda: “Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.” Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?” Bersabda Nabi: “Cintakan dunia dan takutkan mati.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud.


Sahabat-sahabat Nabi merupakan contoh yang terbaik tentang golongan yang berjaya. Mereka tidak mencintai dunia, justeru mereka menguasainya. Kecintaan mereka dihadapkan kepada akhirat dan bagi mereka dunia hanyalah tempat mencari bekalan persis musafir di dalam perjalanan. Mereka memahami dan menghayati sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, “Jadilah kamu di dunia seperti seorang yang bermusafir ataupun seorang yang sedang melalui suatu jalan.” Cinta terhadap dunia perlu digantikan dengan cinta terhadap Allah tanpa mengabaikan dunia. Kecintaan terhadap Allah akan melahirkan perasaan cinta terhadap akhirat dan ia mempunyai manifestasinya.


Di antara manifestasinya ialah berani melawan arus kesesatan dan kemungkaran yang melanda. Mereka yang seperti ini merupakan Ashabul Kahfi di akhir zaman. Nabi Muhammad menggelar mereka dengan nama Ghuraba berdasarkan sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud, “Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba.” Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda: “Siapakah Ghuraba ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia.” Memperbaiki sesuatu yang sudah rosak bukanlah suatu yang mudah apatah lagi jika kerosakannya sudah begitu teruk.


Namun itulah tugas yang wajib dilaksanakan oleh mereka yang cintakan agama kerana kemuliaan diri mereka terletak di situ. Justeru ilmu yang mantap lagi sahih amat diperlukan agar perbaikan yang diperlukan dapat dilakukan dengan baik. Usaha perbaikan yang paling penting ialah mengislah manusia terutamanya kefahaman mereka. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud, “Manusia adalah laksana lombong emas dan perak. Mereka yang terbaik di zaman jahiliah mereka jugalah yang terbaik di dalam Islam apabila mereka memiliki kefahaman agama.”

Note: Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Alexandria)Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy (M) Sdn Bhd