Fitrah telefon bimbit sememangnya begitu,pasti memerlukan
charger.Tak kisahlah jenama apa sekali pun,yang penting bila bateri dah nak
habis,telefon bimbit itu kena charge.Kalau tak,banyak benda tak boleh dibuat
dengan handphone tersebut seperti membuat panggilan,sms,surf laman web dan
sebagainya.Nak kata betapa penting charger ini kepada telefon bimbit,walaupun
harganya tidak semahal telefon bimbit.
Saya sendiri memakai Sony Ericsson Xperia X8 yang dibeli dengan
harga RM350,tetapi charger saya Cuma berharga RM12
sahaja.Walaubagaimanapun,yang RM12 itulah yang menjadi penggerak kepada RM350
itu.Saya yakin ramai sahabat-sahabat memiliki yang lebih canggih daripada saya.
Tetapi itu bukan persoalan yang cuba saya sampaikan.Kaitan
utama ialah iman kita.Iman manusia biasa sudah difitrahkan oleh Allah SWT
sentiasa naik dan turun.Ketika mana iman kita sedang berada di puncak,kita
semangat melakukan ibadah dan aktiviti seharian tetapi bila Allah twist sahaja
hati kita,iman kita mudah jatuh lantas dapat melemahkan semangat dalam
beribadah dan sebagainya.Jadi,iman juga memerlukan charger supaya ia dapat
berfungsi semula dengan baik.
Cuba bayangkan betapa kasihnya Allah kepada kita,dalam
setahun berbagai-bagai dosa kita lakukan,sama ada yang disengajakan mahupun
tidak disengajakan.Tetapi perasan tak kita dalam setahun itu,ada satu bulan
yang mana dosa-dosa kita dihapuskan.Bukan itu sahaja,bahkan bulan inilah yang
menjadi penggerak atau momentum kepada iman kita untuk menempuh bulan-bulan
seterusnya.Dengan syarat,kalau kita pandai memanfaatkan bulan tersebut.
Itulah Ramadan,satu bulan yang mampu menghapuskan dosa kita
selama ini,bulan yang dipenuhi dengan maghfiratullah,bulan yang dianggap
charger kepada bulan-bulan lain.Setelah berbulan-bulan kita membuat dosa
bersilih ganti dengan amalan soleh,tiba bulan ini untuk menukarkannya kepada
keampunan Allah.Subhanallah,sayangnya Allah kepada kita.
Buat sahabat-sahabat yang saya sayangi,charger itu tidak
lama lagi akan tiba.Persiapkanlah diri kita untuk menempuh bulan tersebut.Maksimumkan
amalan seperti tadarus Al-Quran,Qiamullail dan sebagainya dalam bulan
tersebut.Dalam fatrah sekarang ini,perbanyakkanlah doa supaya Allah memberi
kita peluang bertemu dengan bulan tersebut,risau-risau tidak sempat kita
menempuh bulan tersebut,kita sudah menemuiNya terlebih
dahulu.Mudah-mudahan,kita bertemu dalam charger itu…InsyaAllah.. ^_^
“Maksimumkan Amalan,Minimumkan Kekhilafan,Melestarikan
Kehidupan”